Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 03/10/2020

03/10/2020

KAPAL Tentera Laut diraja Brunei (TLDB) Kapal Diraja Brunei (KDB) DARULEHSAN menandakan titik penting dalam sejarah apabila berjaya melancarkan peluru berpandu MM40 BII EXOCET di Pacific Missile Range Facility (PMRF), Hawaii, dalam siri Live Firing 'Sinking Exercise' (SINKEX) semasa menyertai Eksesais RIMPAC 2020.

RIMPAC atau The Rim of the Pacific Exercise adalah latihan maritim antarabangsa terbesar di dunia yang dihoskan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. RIMPAC tahun ini diadakan dari 17-31 Ogos di sekitar Kepulauan Hawaii, melibatkan 20 kapal dari 10 negara peserta dan acara dikhususkan di laut sahaja.


SUMBER : Pelita Brunei, Isnin, 7 September 2020.


Attachments