Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 09/01/2021

09/01/2021


​SLOGAN dalam bahasa arab yang berbunyi Addaa imuna al muhsinuna bil huda membawa maksud 'Sentiasa Membuat Kebajikan Dengan Petunjuk' dalam bendera Brunei pada asalnya ialah hasil pengubahsuaian yang dibuat oleh Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah dari perkataan asalnya yang mempunyai erti yang kurang elok. Awang Haji Mahali bin Haji Abdullah mencadangkan enam ayat baharu bagi menggantikan ayat tersebut dan dihadapkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Kamaruddin untuk disembahkan ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien III) bagi mendapatkan perkenan baginda. Akhirnya ayat keenam yang berbunyi: Addaa imuna al muhsinuna bil huda (Sentiasa Membuat Kebajikan Dengan Petunjuk) diperkenankan untuk dipatrikan pada Panji-Panji Brunei sebagai slogan.


Oleh itu, Awang Abdul Hamid bin Mohd. Daud telah diarahkan untuk menulis semula ayat tersebut sebelum ia dituliskan pada Bendera Kebangsaan Brunei


SUMBER : 'http://history-centre.gov.bn'


Attachments