Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 16/01/2021

16/01/2021

DUIT syiling pertama yang digunakan pada zaman Brunei Tua adalah  dari negara China yang dipanggil Pitis atau Kue. Manakala duit syiling timah dengan tulisan Malikul Adil dikeluarkan pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalilul Akbar menjadi duit syiling jenis timah yang terawal dikeluarkan dlama sejarah dan perkembangan mata wang Negara Brunei Darussalam.

Pada 12 Jun 1967, Negara Brunei Darussalam mengeluarkan mata wang kertas moden pertama dalam denominasi $1, $5, $10, $50 dan $100, manakala duit syiling Brunei moden dalam denominasi 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen pertama kali diperkenalkan pada 22 Ogos 1967.

SUMBER : Pelita Brunei (Sejarah mata wang Brunei di Galeri AMBD) 16 Mac 2015


Attachments