Ruj. Tahukah Awda? 06/03/2021

06/03/2021

RUMAH Sakit Suri Seri Begawan yang terletak di Daerah Belait telah dibina di atas kawasan seluas 29 ekar, di antara Jalan Laksamana, Jalan Panglima dan Jalan Bunga Raya, dengan kos pembinaan sebanyak BND13 juta. Reka bentuk hospital ini dibuat oleh Booty Edwards dan Rakan-Rakan dan dibina oleh Shen On Construction, Bandar Seri Begawan.

Bangunan ini merupakan hospital paling moden dan lengkap di Asia pada waktu itu. Ia mempunyai beberapa buah bangunan di mana bangunan utamanya ialah setinggi tiga tingkat.

SUMBER : 40 Tahun Hospital Suri Seri Begawan, Menyusur Zaman.
Attachments