LOMBONG Arang Batu terletak di Brooketon, dahulunya dikenali sebagai Muara damit. Dua kilometer dari Pekan Muara, di Mukim Serasa dan berhampiran jalan pusing keliling Lebuhraya Muara - Tutong. Peralatan tradisi yang digunakan untuk mengeluarkan arang batu ialah cangkul, penyodok dan tukul, tetapi tradisi ini kemudian digantikan dengan kaedah terbaharu cara perlombongan. Arang batu telah dieksport ke Labuan.
SUMBER : Pusat Sejarah Brunei.