Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 20/03/2021

20/03/2021

​BUBUNGAN Dua Belas merupakan antara bangunan dianggap bersejarah di negara ini. Bangunannya terletak di lereng Bukit Subok, Jalan Residency dan jaraknya dari pusat bandar ialah kurang lebih 1½ kilometer. Pembinaan bangunan ini mula dilaksanakan dalam bulan Julai 1907 dan kontraktornya pula telah didatangkan dari luar negeri. Peralatan bagi pembinaan bangunan didatangkan dari Sandakan, Sabah. Bangunan ini dinamakan Bubungan Dua Belas kerana ia mempunyai dua belas bumbung yang bertingkat-tingkat.


SUMBER : Pusat Sejarah Brunei.


Attachments