Ruj. Tahukah Awda? 24/04/2021

24/04/2021

​PADA tahun 1955 satu Enakmen yang dinamakan Undang-Undang Ugama, Adat Istiadat Negeri dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi 1955 telah diluluskan. Undang-undang itu bertujuan menyatukan undang-undang berkenaan dengan Majlis Ugama dan Undang-Undang Adat Istiadat Melayu, Mahkamah Kadhi, Perlembagaan dan Pertubuhan Pihak-Pihak Berkuasa Ugama dan Peraturan Hal-Ehwal Ugama. Sejak berkuatkuasanya Undang-undang tersebut dari tahun 1956 hingga 25 Mac 2001, seramai 5 orang yang pernah memegang jawatan Kadhi Besar.

 

SUMBER : Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam.

Attachments