Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 24/07/2021

24/07/2021

​PERINTAH Pekerjaan 2009 telah dikuatkuasakan pada 3 September 2009 yang mana ia adalah undang-undang utama yang mengawal terma-terma dan syarat-syarat mengenai pekerjaan dalam sektor swasta di Negara Brunei Darussalam. Perintah ini meliputi semua pekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan yang bertulis atau tersirat tetapi tidak termasuk pelaut, pembantu rumah dan mana-mana pekerja dalam suatu jawatan pengurusan, eksekutif atau sulit. Kakitangan Perkhidmatan Awam dan semua kakitangan badan-badan berkanun adalah dikecualikan daripada Perintah ini.


SUMBER : Buku Panduan Undang-Undang Pekerjaan Brunei.


Attachments