Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 07/08/2021

07/08/2021

CAWANGAN Belia mula ditubuhkan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1964. Sepuluh tahun kemudian, pada tahun 1974, jabatan ini ditukar menjadi Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan. Pada tahun 1993, Jabatan Kebajikan Belia dan Sukan telah menjadi Jabatan Belia dan Sukan. Bahagian Kebajikan Masyarakat di Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dicantumkan dengan Bahagian Hal Ehwal Masyarakat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menjadi Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dalam Kementerian ini terdapat juga Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, di bawah bidang kuasa Jabatan Muzium Brunei yang menyediakan latihan kemahiran pertukangan tradisional kepada belia-belia. Pada tahun 1996 Outward Bound Brunei Darussalam dan Pusat Pembangunan Belia ditubuhkan.


Sumber : Laman Sesawang Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan http://www.belia-sukan.gov.bn/.


Attachments