Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 14/08/2021

14/08/2021

​PADA tahun 1929, satu enakmen telah diluluskan yang dinamakan 'The School Attendance Enactment'. Enakmen ini mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berumur antara 7 hingga 14 tahun ke sekolah. Kesan daripada enakmen ini sangat menggalakkan kerana pada tahun itu terdapat kira-kira 455 orang murid lelaki yang bersekolah di Sekolah Pekan Brunei berbanding dengan 122 orang pada tahun sebelumnya. Jumlah ini terus meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah Brunei mencapai kemerdekaan.

SUMBER : Suara Wanita Brunei, Siri 2.

Attachments