Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda 130118

13/01/2018

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan bahawa mulai Isnin, 15 Januari 2018, Pusat Suntikan Brunei Muara yang bertempat di Pusat Pemeriksaan Kesihatan Berakas akan memulakan sistem perjanjian kepada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan suntikan vaksinasi yang diperlukan.

Sistem perjanjian bagi perkhidmatan suntikan vaksinasi ini dihasratkan dapat memudahkan orang ramai merancang untuk membuat perjumpaan dan seterusnya dapat mengurangkan waktu menunggu mengikut jadual atau perjanjian yang telah ditetapkan.

Kaedah sistem perjanjian ini diperkenalkan di samping perkhidmatan secara walk-in (tanpa perjanjian) yang ada pada masa ini bagi meningkatkan dan mengoptimakan perkhidmatan suntikan vaksinasi di Pusat Suntikan tersebut, yang mana klien yang telah membuat perjanjian awal akan diberikan keutamaan.

Sehubungan dengan ini orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan vaksinasi berkenaan bolehlah membuat perjanjian terlebih dahulu dengan menghubungi talian +673 2331100 / 2 / 3 / 4 sambungan 5 atau 2086. 

SUMBER : Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, 4 Januari 2018.
Attachments