Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 200118

19/01/2018

CHINA State Construction Port Engineering Group Corp. Ltd. bagi pihak Hengyi Industries Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti penggerudian di Pulau Muara Besar (PMB) Eastern Channel bermula 30 Disember 2017 sehingga 30 November 2018.

Pelampung kuning dengan cahaya kuning akan digunakan bagi menandakan sempadan di sepanjang tepi kawasan penggerudian manakala saluran paip terapung akan ditandakan dengan lampu berkelip merah pada jarak 50m untuk keselamatan pengemudian pada waktu siang dan malam.

Semua kapal atau bot yang beroperasi berdekatan dengan Eastern Channel PMB adalah dinasihatkan untuk menjauhi kawasan tersebut sepanjang operasi dijalankan.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penggerudian, sila rujuk kepada NTM di laman sesawang Jabatan Laut atau hubungi Hengyi Industries Sdn. Bhd. melalui talian +673 2610210.

SUMBER : Siaran Akhbar Hengyi Industries Sdn. Bhd., 28 Disember 2017.
Attachments