Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 270118

27/01/2018

SYARIKAT Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Myanmar Airways International (8M / MAI) menandatangani perjanjian perkongsian kod yang berkuatkuasa pada 18 Disember 2017.

Perjanjian perkongisan kod tersebut memberikan para penumpang RB dan MAI membuat pilihan perjalanan, sama ada untuk perniagaan atau percutian di antara kedua-dua destinasi ASEAN.

Sekarang, penumpang / pelanggan dari kedua-dua buah negara boleh membeli atau menempah tiket penerbangan mereka ke dan dari Yangon, Myanmar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura atau Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dalam satu tiket, sama ada bersama RB atau MAI, beroperasi di bawah kedua-dua nombor penerbangan iaitu MAI dan RB untuk laluan penerbangan bersambung.

Penumpang dari rangkaian RB bolehlah membeli penerbangan atau perjalanan seterusnya sama ada melalui Pusat Khidmat Pelanggan RB atau mana-mana ejen pelancongan pilihan mereka atau melayari laman sesawang www.flyroyalbrunei.com.

Sementara itu, para penumpang dari Myanmar pula boleh membeli sama ada melalui www.maiair.com atau mana-mana ejen pelancongan pilihan masing-masing.

SUMBER : Siaran Akhbar Penerbangan Diraja Brunei, 21 Disember 2017.
Attachments