Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 030218

03/02/2018

​PENGURUSAN sisa pepejal merupakan salah satu isu alam sekitar yang dihadapi di negara ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan rekreasi pada 2005, jumlah sisa pepejal di negara ini mencapai kira-kira 189,000 tan setahun. Daripada jumlah tersebut, 16 peratus adalah terdiri dari sisa plastik dan kebanyakkannya adalah beg plastik


Sebagai salah-satu langkah utnuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan mengglakan penggunaan beg kitar semula ialah dengan mengenalkan hujung minggu tanpa plastik (No Plastic Bag Weekend). Ia dilaksanakan secara berfaasa bermula pada 26 Mac 2011 iaitu pada Sabtu dan Ahad, dan dilaratkan menjadi tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 16 Februari 2012, Adalah diharap melalui inisiatif ini, sasaran kerajaan untuk meningkatkan aktiviti kitar semula mencapai 10 peratus pada 2015 dan 15 peratus pada 2020.


SUMBER : Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi www.env.gov.bn

Attachments