Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 100218

10/02/2018

MENGIMBAS kembali sejarah perkembangan bidang agama di negara ini sebelum 1959, Hal Ehwal Ugama Islam Brunei ditubuhkan dan ditadbir pada 1948 oleh sebuah badan yang dinamakan ‘Penasihat Ugama Islam’.

Pada 1954, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan menubuhkan Majlis Mesyuarat Syariah bagi memperkuat kedudukan ugama Islam dan ke arah usaha mengambil berat ke atas hal  ehwal ugama Islam.

Pada 1 Julai 1954, Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat Istiadat dan Kebajikan ditubuhkan. Manakala pada 1955, Majlis Ugama Islam Brunei ditubuhkan.

SUMBER: Laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama www.mora.gov.bn 
Attachments