Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 170218

17/02/2018

MENURUT infografik Kementerian Kesihatan, seramai 199 juta wanita menghidapi diabetes dan adalah dianggarkan jumlah ini meningkat ke 313 juta menjelang 2040. Sementara itu di Negara Brunei Darussalam, diabetes merupakan penyumbang ketiga paling tinggi kepada jumlah kematian.

Kes diabetes ‘type 2’ boleh dielakkan dengan makan secara sihat, aktif secara fisikal dan mengekalkan berat badan yang normal.

Wanita yang menghidapi gestational diabetes (GDM) iaitu diabetes yang terjadi sewaktu mengandung (bagi wanita yang tidak menghidapi diabetes) adalah dinasihatkan untuk menjalankan pemeriksaan diabetes sebelum melahirkan.

SUMBER: Infografik Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn 
Attachments