Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 240218

24/02/2018

PADA menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, mulai 28 September 2017, Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan kini digabungkan menjadi Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP).

PBMP ditubuhkan sebagai badan berkuasa yang mengawalselia dan bertanggungjawab ke atas pengurusan, pentadbiran dan keselamatan hal ehwal pelabuhan dan perkapalan di Negara ini.  Penubuhan PBMP ini juga akan memperjelaskan lagi pengkhususan pembahagian fungsi pengawalseliaan (regulatory) dan fungsi penyediaan perkhidmatan (service provider function) yang sekaligus akan membolehkan perkembangan sektor pelabuhan dan perkapalan yang lebih terancang, terarah dan teratur.

SUMBER: Laman sesawang Kementerian Perhubungan www.mincom.gov.bn
Attachments