Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 170318

17/03/2018

PERKHIDMATAN memadam kebakaran atau Perkhidmatan Bomba telah wujud di Brunei Darussalam di bawah Pentadbiran Pasukan Polis Brunei iaitu sebagai satu tugas tambahan disamping tugas utama Pasukan Polis untuk mengawal keamanan dan keselamatan.


Menurut maklumat bertulis yang diketahui setakat ini iaitu melalui satu Memorandum Commissioner of Police, Brunei yang ditujukan kepada The State Secretary, Brunei, Ref:BP.1/28/3 bertarikh 1 Disember 1960 dengan tajuk FIRE SERVICES ada menyebutkan mengenai sejarah penubuhan awal Pasukan Bomba pada 1 Januari 1960 dengan rasminya ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan yang berasingan daripada Pasukan Polis dengan memindahkan seramai 36 orang Anggota Polis yang dipilih termasuk seorang Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor yang dilantik selaku Superintendent of Fire Brigade (Inspektor Mohammad).


Pada 9 November 1987 nama Pasokan Bomba ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan seterusnya 9 Mac 2006 nama Jabatan Perkhidmatan Bomba ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat selaras dengan pembangunan negara dan kemajuan ekonomi yang banyak menjurus kepada tugas menyelamat.


SUMBER: Laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat http://www.fire-escue.gov.bn/SitePages/Sejarah%20Ringkas.aspx
Attachments