Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 190518

19/05/2018

TABUNG Amanah Pekerja (TAP) melancarkan aplikasi mudah alih 'TAP Brunei' sebagai salah satu inisiatif TAP bagi mempertingkatkan dan memperkesankan lagi perkhidmatan TAP kepada para ahli-ahli dan majikan-majikan TAP.

Aplikasi ini juga dihasratkan agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya ahli-ahli TAP dalam membantu membuat perancangan awal persaraan mereka nanti.

Aplikasi mudah alih 'TAP Brunei' tersebut boleh dimuat turun melalui App Store bagi pengguna iOS dan Google Play bagi pengguna Android mulai 05 Mei 2018.

SUMBER: Siaran Akhbar Tabung Amanah Pekerja, 5 Mei 2018.
Attachments