Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 140718

14/07/2018

ANGGARAN jumlah penduduk pertengahan Tahun 2017 bagi Negara Brunei Darussalam adalah seramai 421,300 orang berbanding 417,256 orang semasa Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016, iaitu pertumbuhan sebanyak 1.0 peratus setahun.

 

Jumlah penduduk itu terdiri daripada 216,400 lelaki (51.4 peratus) dan 204,900 perempuan (48.6 peratus). Nisbah jantina  adalah seramai 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

 

Daripada jumlah penduduk pada Tahun 2017, rakyat Brunei merupakan bahagian terbesar sebanyak 76.8 peratus (323,500 orang), sementara agihan Penduduk Tetap dan Penduduk Sementara adalah masing-masing sebanyak 7.8 peratus (33,000 orang) dan 15.4 peratus (64,800 orang).

 

SUMBER: Siaran Akhbar, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 5 Julai 2018.

Attachments