Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 040818

04/08/2018

KEMENTERIAN Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara jalan susur keluar / masuk ke Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bermula dari Khamis, 19 Julai 2018, jam 8:00 malam yang akan berjalan selama tiga bulan untuk memberi laluan pelaksanaan kerja-kerja perlindungan cerun dan melebarkan sebahagian jalan susur tersebut.

 

Bagi memastikan keselamatan orang ramai, beberapa petak letak kereta di kawasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan ditutup sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dilaksanakan.


Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mematuhi papan-papan tanda jalan dan tidak meletakkan kenderaan di kawasan pembinaan. Orang ramai yang berurusan di hospital berkenaan bolehlah menggunakan perkhidmatan bas ulang alik yang telah disediakan di kawasan letak kereta berdekatan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.


SUMBER: Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, 17 Julai 2018.


Attachments