Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 180818

18/08/2018

MOHcares ialah satu aplikasi mudah alih yang membolehkan dan memudahkan orang ramai untuk memberikan komen, penghargaan atau cadangan bagi sebarang perkhidmatan atau apa jua perihal yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. 


MOHcares bertujuan untuk menjadi satu landasan tambahan yang membolehkan dan memudahkan lagi perkongsian maklumat di antara orang ramai dengan Kementerian Kesihatan. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi keupayaan sistem penerimaan, pengurusan dan pemantauan maklum balas yang ditujukan kepada Kementerian Kesihatan.


Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi pengguna-pengguna Android. Pada peringkat permulaan, aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna-pengguna Android. 


SUMBER: Laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn

Attachments