Manage PermissionsManage Permissions

​Ruj. Tahukah Awda? 250818

25/08/2018

NEGARA Brunei Darussalam menjadi tuan rumah kepada Forum Kanak-Kanak ASEAN Ke-5 (5th ASEAN Children's Forum - ACF) yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Ogos 2018 dengan tema "Anak-anak Kita, Masa Depan Kita, ASEAN Kita".

Forum merupakan salah satu projek ASEAN di bawah rangka kerja strategik bagi kebajikan sosial dan pembangunan sosial (SOMSWD) 2016-2020. Ia merupakan satu-satunya platform di peringkat ASEAN bagi kanak-kanak berkumpul dan memberikan peluang memberikan buah fikiran mengenai isu-isu yang memberi kesan dan berkepentingan kepada kehidupan mereka pada masa kini.

Ia juga dihasratkan untuk menggalakkan persahabatan dan rasa saling hormat-menghormati antara budaya dalam kalangan kanak-kanak sekaligus meningkatkan kemampuan mereka untuk menjadi pemimpin masa depan.

SUMBER : Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2 Ogos 2018.

Attachments