Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 201018

20/10/2018

KOMPLEKS Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) merupakan salah sebuah bangunan komersial terbesar dan dikenali di negara ini yang dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Ogos  1996.

Ia merupakan projek pelaburan YSHHB dalam bidang hartanah yang mana sebahagian besar hasil pulangan daripada pelaburan ini digunakan bagi membiayai operasi dan juga projek amal yang dikendalikan oleh yayasan berkenaan.

Kompleks YSHHB setakat ini telah menempatkan pejabat-pejabat, kegiatan komersial seperti butik, perbankan, penyedia perkhidmatan telekomunikasi, klinik swasta, medan selera, restoran makanan segera, farmasi dan banyak lagi, semua terangkum dalam satu bumbung.

SUMBER: Akhbar Pelita Brunei, Edisi Isnin, 15 Oktober 2018.

Attachments