Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 101118

10/11/2018

TAMAN Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien terletak di pusat Bandar Seri Begawan ialah sebuah taman tempat berlangsungnya upacara-upacara negara seperti Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Hari Kebangsaan, Musabaqah Membaca Al-Quran, Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan sebagainya.


Sebelumnya, taman in dikenali dengan nama Padang Besar, setelah ia siap diubah suai dan diperindahkan dalam tahun 1983, ia ditukar nama menjadi Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien sempena mengambil nama Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Taman ini merupakan tempat yang bersejarah kerana di sini juga berlangsungnya Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.


SUMBER: Laman sesawang Pusat Sejarah Brunei - www.pusat-sejarah.gov.bn

Attachments