Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 011218

01/12/2018

KEMENTERIAN Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian sebelum ini merupakan sebuah jabatan dan ditubuhkan pada 2010 dikenali sebagai Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 2015, jabatan meluaskan portfolionya dengan mamasukkan sektor industri, justeru dikenali sebagai Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO).

Jabatan berkenaan dinaiktaraf sebagai sebuah Kementerian dan tidak lagi berada di bawah Jabatan Perdana Menteri bermula 18 April 2018. Atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bermula 31 Julai 2018, kementerian tersebut dikenali sebagai Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.

SUMBER: Laman sesawang Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian www.ei.gov.bn
Attachments