Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 020319

02/03/2019

SERAMAI 545 orang dikurniakan anak-anak kunci rumah bagi Kluster Lugu serta rumah Teres Panchor (Mengkubau), Meragang dan Tanah Jambu di bawah Rancangan Perumahan Negara (RPN) dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Lugu bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 18 Februari 2019.

Dari jumlah 545 penerima itu seramai 489 orang menerima rumah jenis kluster di bawah RPN Lugu, selebihnya menerima rumah jenis teres iaitu 24 orang di bawah RPN Panchor (Mengkubau), 10 orang di bawah RPN Meragang, tiga orang di bawah RPN Tanah Jambu dan 19 orang di bawah STKRJ Kampung Lugu.

SUMBER: Pelita Brunei, edisi Rabu, 20 Februari 2019.
Attachments