Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 040519

04/05/2019

PEKERJA yang terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang mencukupi syarat adalah wajib didaftarkan dan dicarumkana ke Skim TAP dan Skim SCP, ini termasuk pekerja sementara, pekerja berkontrak, pekerja bergaji hari dan pekerja di dalam tempoh percubaan.


Di bawah Bab 26, Akta Amanah Pekerja, jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang BND3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih BND10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.


Ahli yang ingin membuat sebarang aduan boleh mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan atau menghubungi Pusat Talian TAP melalui talian +673 2382800 semasa waktu bekerja ataupun melalui WhatsApp menerusi talian +673 8998290. Bagi ahli yang telah berdaftar ke e-Amanah, aduan boleh dibuat dengan mendaftar masuk ke akaun ahli melalui laman sesawang TAP di www.tap.com.bn.


SUMBER : Pelita Brunei, edisi Sabtu, 20 April 2019.

Attachments