Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 250519

25/05/2019

​BANK Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengingatkan kepada para pelanggannya bahawa perlindungan maklumat peribadi mereka adalah menjadi keutamaan bank tersebut. BIBD tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi pelanggan melalui platform yang tidak selamat atau terjamin, seperti melalui WhatsApp, Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel.


BIBD memohon kerjasama kepada para pelanggannya supaya tidak memberikan maklumat peribadi mereka kepada laman sesawang dan aplikasi yang tidak disahkan atau berkongsi dengan mana-mana individu lain.


Sekiranya mereka mengetahui aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan akaun BIBD mereka melalui panggilan telefon, SMS atau e-mel, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Hubungan BIBD menerusi talian +672 2238181 atau berurusan dengan wakil rasmi bank melalui Mobile Chat.


SUMBER : Pelita Brunei, edisi Rabu, 17 April 2019.

Attachments