Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 010619

01/06/2019

‚ÄčBERDASARKAN peruntukan di bawah Akta Penyakit Berjangkit 2003 Seksyen 47 Bab 1 antara lain menyatakan bahawa para ibu bapa atau penjaga hendaklah memastikan anak-anak mereka diberikan vaksinasi lengkap bagi melindungi daripada penyakit-penyakit berjangkit mengikut Jadual 4 daripada akta tersebut yang meliputi 10 jenis penyakit, iaitu Diptheria, Haemophilus Influenza B, Hepatitis B, Measles, Mumps, Pertussis, polio, Rubella, Tetanus dan Tuberculosis.


Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan khususnya di bawah program imunisasi bagi yang berisiko tinggi dan penjagaan kesihatan awam telah berjaya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai salah sebuah negara yang diisytiharkan bebas daripada Malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1987; bebas daripada Polio pada tahun 2000; bebas daripada Measles pada tahun 2015 dan bebas daripada Rubella pada bulan November 2018.


SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Isnin, 29 April 2019

Attachments