Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 150619

15/06/2019

KAJIAN Instagram yang dibuat oleh agensi komunikasi global, iaitu Burson Cohn & Wolfe (BCW) menyatakan bahawa akaun kerajaan Jabatan Penerangan adalah paling aktif  di dunia dengan lebih daripada 17 dimuat naik setiap hari dan berjumlah 6,252 memuat naik.

 Antara 1 Oktober 2017 dan 30 September 2018 mencatatkan sekitar 270,000 like, 130,000 paparan dan 800 berita dan video yang boleh didapati pada Facebook, Instagram dan e-Paper  Jabatan Penerangan.

Kejayaan ini merupakan kali ketiga Jabatan Penerangan meraih akaun kerajaan yang paling aktif di dunia. Kali pertama pada tahun 2016, di mana Jabatan Penerangan telah mencatatkan kedudukan teratas akaun kerajaan yang paling aktif dengan lebih daripada empat memuat naik sehari secara purata. Sementara pada tahun 2017, Jabatan Penerangan buat kali kedua berjaya mencapai kedudukan tersebut dengan lebih daripada 16 memuat naik sehari secara purata.

Sumber: Pelita Brunei, edisi Sabtu, 30 Mac 2019

Attachments