Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 100819

10/08/2019

​PENGELUARAN beras negara dijangka meningkat apabila terlaksananya projek Kawasan Penanaman Padi Secara Komersial, di Kawasan Kandol Daerah Belait yang mana telah diperuntukkan sebanyak 500 hektar oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Pada tahun lalu sahaja, pengeluaran beras negara dianggarkan sekitar 1,500 tan metrik setahun, yang mana kira-kira lima peratus bagi tahap sara diri.

Dengan pembukaan tanah dan pengenalan varieti baharu seperti Padi Sembada dan Titih, negara mampu menggandakan peratus tahap sara diri kepada 10 peratus.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 20 Julai 2019.

Attachments