Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 170819

17/08/2019

KEMENTERIAN Kesihatan telah menyediakan perkhidmatan sokongan emosi kepada orang ramai di negara ini melalui kaedah telefon yang dinamakan Talian Harapan 145, sejak Februari 2019.

Antara jenis perkhidmatan yang diberikan ialah memberikan khidmat nasihat atau kaunseling dalam menangani situasi atau tekanan yang menyebabkan gangguan mental atau emosi, memberikan perkhidmatan kecemasan dan bantuan kepada para pemanggil yang berada dalam krisis kesihatan mental yang boleh membawa kepada masalah psikologi atau berfkir untuk membunuh diri.

Talian Harapan 145 dikendalikan oleh profesional kesihatan mental terlatih dan bertauliah dari Kementerian Kesihatan dan ia beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Setiap panggilan tidak dikenakan bayaran dan setiap panggilan adalah sulit, di mana segala keterangan peribadi pemanggil akan dirahsiakan.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Isnin, 22 Julai 2019.

Attachments