Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 240819

24/08/2019

​PUSAT Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan serta dengan sokongan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan acara riadah #BRUNEIBEBASBULIWALK pada Ahad, 1 Muharam 1441H / 1 September 2019M mulai ja, 6.00 pagi hingga 11.00 pagi, di Bandarku Ceria, Bandar Seri Begawan.

Acara bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya, para pelajar, ibu bapa dan guru-guru serta orang ramai akan isu buli dan cara-cara menanganinya dengan positif; dihasrat untuk menggalakan masyarakat untuk bekerjasama dan berganding-bahu dalam membendung isu buli di negara ini; dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang aman dan bebas buli.

Orang ramai adalah dipelawa untuk menyertai acara riadah berjalan kaki sepanjang 3.5KM itu nanti untuk sama-sama menyokong inisiatif "Brunei Bebas Buli".

Sumber : Media Sosial Rasmi Kerajaan Negara Brunei Darussalam. - GOV.BN, 20 Ogos 2019.

Attachments