Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 070919

07/09/2019

​PUSAT Sejarah Brunei (PSB) telah melancarkan Buku Legasi Payung Negara : Aspirasi, Cita-Cita dan Hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Buku setebal 778 muka surat dan mengandungi 13 bab itu merupakan hasil nukilan Pengetua PSB, Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar.

Buku tersebuat antara lain mencatatkan mengenai perkembangan pemerintahan Kebawah DulI Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai raja, dengan menceritakan riwayat hidup baginda sejak diputerakan, dipuspakan menjadi sultan,seterusnya menjalankan pemerintahan dengan penuh adil laila saksama demi mencapai aspirasi, cita-cita dan hasrat baginda.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Sabtu, 10 Ogos 2019.

Attachments