Manage PermissionsManage Permissions

Ruj. Tahukah Awda? 210919

21/09/2019

UNIVERSITI Teknologi Brunei (UTB) telah memenangi tempat pertama bagi Pengurusan Alam Sekitar Dalam Dunia Islam di bawah Kategori : 'Best NGO's Leading Practices'. Kejayaan ini disandang kerana projek UTB bertajuk : 'Mitigating Floods and Fire Hazards in Forestry Using IOT System in Brunei Darussalam' (Mengurangkan banjir dan bahaya kebakaran di perhutanan dengan menggunakan sistem IOT di Negara Brunei Darussalam).

Anugerah bagi kejayaan ini akan disumbangkan oleh Kerajaan Arab Saudi, bernilai 30,000 dolar Amerika. Penganugerahan akan disampaikan pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Islam Menteri-Menteri Alam Sekitar Ke-8 di Ibu Pejabat ISESCO di Rabat.

SUMBER : Pelita Brunei, Edisi Isnin, 16 September 2019.

Attachments