''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
''RASULULLAH Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Daripada Khaulatal Ansariyiah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampuradukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksa api neraka pada hari kiamat kelak".
KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah memperkenalkan Brunei Identiti Digital, ringkasnya BruneiID iaitu sebuah sistem identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai pengenalan peribadi individu dalam versi digital. BruneiID membolehkan rakyat dan penduduk melakukan pengesahan identiti secara digital semasa mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian, menggunakan mekanisme log masuk tunggal yang disokong oleh pengesahan biometrik.
SUMBER : Pelita Brunei, Januari 2026.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam