''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
‘‘DAN Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepada-Nya dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi sangat kufur”. - Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim, ayat 34.
DI Muzium Maritim Brunei Darussalam terdapat tiga galeri iaitu Galeri Kapal Karam Brunei, Galeri Kegemilangan Maritim Brunei dan Galeri Tapak Warisan Arkeologi. Salah satunya iaitu Galeri Kapal Karam Brunei yang mana galeri ini mempamerkan penemuan Kapal Karam Brunei pada tahun 1997. Kapal Karam Brunei merupakan satu penemuan yang penting dalam sejarah maritim Negara Brunei Darussalam kerana ia menggambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara luar pada akhir Abad Ke-15 sehingga awal Abad Ke-16 Masihi.
SUMBER : http://www.museums.gov.bn/.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam