A+ A A-

BAK kata pepatah 'di mana ada kemahuan disitu ada jalan' dan begitulah juga semangat setiap manusia yang inginkan sesuatu bagi meraih kejayaan dan impian yang diinginkan. Apa yang pasti, mereka tidak akan berundur diri selagi belum mendapat apa yang diinginkan dalam kejayaan hidup baik dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Bagi negara kita Brunei Darussalam, bidang perniagaan sudah banyak menampakkan kemajuan khususnya daripada anak-anak tempatan kita apatah lagi ianya kini banyak melibatkan belia-belia negara yang bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan pembangunan negara.

Bercakap tentang perniagaan, pelbagai jenis perniagaan boleh kita ceburi mengikut cita rasa kita sendiri dan ada sesetengah peniaga tersebut membuat sesuatu perniagaan berdasarkan kepada minat dan hobi mereka dan inilah juga yang dilakukan kepada salah seorang anak tempatan iaitu Awang Mohamad Zairy Izhan bin Haji Ibrahim, berusia 37 tahun dan melibatkan diri sepenuh masa dalam bidang perniagaan yang berbentuk penjualan barangan sukan.

ren01 020614

AWANG Mohamad Zairy Izhan bin Haji Ibrahim,37, bangga dengan kasut ciptaannya. (Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Menurut Awang Mohamad Zairy, beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan tersebut sejak tahun 2011 iaitu perniagaan menjual skateboard dan aksesori.

Minat beliau dalam perniagaan skateboard dan aksesori kerana sukan tersebut merupakan sukan yang diminatinya sejak kecil dan kini beliau sudahpun menjalankan perniagaan seumpamanya hampir 13 tahun.

"Modal yang dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini merupakan bantuan dari keluarga saya dan barangan jualan saya semuanya didatangkan dan diimport dari Amerika Syarikat," jelas Awang Mohamad Zairy.

ren02 020614

CAP yang menarik. (Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Tambah beliau, sejak awal penglibatannya dalam perniagaan barangan sukan skateboard dan peralatan sukan yang berkaitan dengan sukan ini, beliau bersyukur kerana mendapat sambutan amat mengalakkan sehinggalah kehari ini.

Selain mempunyai pembeli yang berminat dalam sukan skateboard, beliau juga turut mempunyai beberapa loyal customer yang sentiasa menyokong beliau dalam membeli dan mendapatkan barangan sukan skateboard dari kedai beliau.

"Seperti yang dijelaskan seawalnya saya memilih jenis perniagaan ini adalah kerana minat saya sendiri dalam bidang skateboarding dan untuk mendapatkan barangan sukan seperti ini di negara kita sememangnya sukar apatah lagi untuk mendapatkan yang berkualiti itu memang susah di sini dan dari sinilah juga tergerak hati saya untuk mencuba membuat perniagaan dalam bidang skateboard dan peralatan aksesorinya apatah lagi memandangkan di negara kita sememangnya banyak anak-anak muda kita yang berminat dalam bidang sukan ini," terang beliau menjelaskan punca bagaimana diawal penglibatan beliau dalam perniagaan ini.

ren03 020614

PAPAN skateboard dengan pelbagai reka bentuk. (Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Menurut beliau lagi barangan sukan ini seperti ini hanya dapat dibeli di luar negeri seperti Singapura dan Malaysia dan dari situlah beliau mencuba sendiri dengan membuat dan melibatkan diri dalam perniagaan tersebut.

Jelasnya, adapun sasarannya dalam menceburkan diri dalam perniagaan ini adalah untuk mengenalkan jenis sukan skateboarding kepada warga muda serta menjadi hub untuk mereka mendapatkan barangan sukan skateboard yang berkualiti.

Selain berupaya dalam menjalankan perniagaan barangan skateboard yang sememangnya jarang diceburi oleh orang-orang kita di negara ini, Awang Mohamad Zairy juga berupaya mencipta kasut sukan atau kasut ala kasual.

ren04 020614

KASUT sukan skateboarding. (Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

Selain boleh digunakan dalam sukan skateboarding, ia juga boleh dikenakan sebagai fesyen dalam kalangan anak muda khasnya.

Nine7six footwear merupakan nama kepada kasut ciptaan Awang Mohamad Zairy yang dicipta khas untuk bermain skateboard.

Menurut Awang Mohamad Zairy, beliau mencipta kasut sukan tersebut memandangkan kasut-kasut khas bagi sukan skateboarding yang berjenama dari Amerika Syarikat selalunya dijual dengan harga yg mahal malah not affordable.Dari disitulah datangnya idea Awang Mohamad Zairy untuk mencipta dan menghasilkan kasut skateboard yang murah tapi berkualiti.

ren05 020614

AKSESORI sukan skateboarding. (Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman)

"Rekacipta atau design kasut-kasut tersebut merupakan hasil ciptaan saya sendiri dan idea-idea dari teman-teman sejauh ini Nine7Six mempunyai dua design dengan warna berbeza sebagai permulaan dalam percubaan mencipta kasut sendiri dan insya-Allah ianya akan diperbanyakkan lagi dengan design yang berbeza dimasa akan datang sementara modal kewangan untuk menghasilkan kasut ini adalah dari kewangan saya sendiri," terang Awang Mohamad Zairy.

Bagi perancangan di masa hadapan, Awang Mohamad Zairy berazam untuk memperbanyakkan lagi reka bentuk kasut ciptaan beliau sendiri yang boleh dipakai oleh lelaki dan wanita begitu juga kanak-kanak. Setakat ini beliau juga amat berpuas hati dengan hasil perniagaan yang dijalankan ketika ini dan akan terus berusaha untuk mengembangluaskan lagi penjualan kasut beliau baik dalam mahupun di luar negeri.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel