A+ A A-

LARI

Rate this item
(1 Vote)

cerpen01 221114 lari

IZAH mendesak Alif agar bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, Aliftambah bingung apabila Izah sudah sampai ketahap memaksa agar Alfi bertanggungjawab. Tanggungjawab apa…?

Tuntutan Izah itu terlalu berat untuk dibayar oleh Alif, apa lagi untukmembawa Izah lari dan bernikah di luar negeri mustahil dan ini tidakakan terjadi. Tapi Izah beria-ia minta pertanggungjawaban daripada Alif.

“Bawa Izah lari dari sini bang…” rasa hendak tercabut tangan Alif ditarik-tarik oleh Izah.

“Lari ke mana…?” Alif terpingapinga kerana tidak tahu pokok pangkalcerita yang mendadak itu.

Alif dan Izah sebenarnya tidakmempunyai hubungan yang disebutcinta, barangkali Izah sengaja hendakmenjebaknya untuk menutupi sesuatukejadian yang buruk. Tapi tidak mungkin Izah sanggup berbuat khianat kepadanya.

“Tolonglah bang…kita nikah di luar negeri…!” teriak Izah, nada suaranyabegitu menyakinkan sepenuh hatiberharap kepada Alif.

Benteng kesabaran Alif sudah pecah kerana desakan Izah yang bertubitubiitu, Alif tidak mahu diperkudakudakandan membiarkan harga dirinya tercemar yang cuma kerana seorang wanita yang bernama Izah.

“Aku tidak menyintai kau, Izah…!”

Izah macam adiknya dan Alif pula macam abang kepada Izah, itu yangada selama ini dalam fikiran mereka,tapi sekarang sudah lain. Izah menagihsesuatu yang bukan menjadi tanggungjawab Alif.

Alif sudah tidak tahan dengan perlakuan Izah yang seperti dirasuk iblis itu, Alif tidak mahu orang lain tahu apa yang diinginkan oleh Izah itu.Alif terpaksa menutup mulut Izah dengan satu tamparan sulung.

Izah tersungkur ke lantai dan Alifpula jatuh dari atas katilya. Mujurlahsemua itu cuma mimpi, kalau betulbetulterjadi ia pasti akan menjadi satu kes dera dan akan menjadi titik-titik hitam dalam hidup Alif. Tapi mengapa Alif mimpikan Izah…?

Alif beristighfar dia merasakan apa yang berlaku dalam mimpinya itubenar-benar terjadi. Dari kecil hingga sama-sama dewasa Alif tidak pernahmenyakiti hati izah, apa lagi menampar seperti dalam mimpinya itu.

Cerita hidup Alif yang pertama sudahpun habis, sekarang cerita hidupAlif yang kedua ini pula nyatadan benar, ayahnya menyuruh Alifbalik kampung hujung bulan Jun ini.Sebut saja Jun Alif teringatkan tarikh lahirnya yang jatuh pada 30 Jun 2012.Apakah ayahnya bermurah hati untuk meraikan hari lahirnya, satu soalan yang mahal.

Lebih setahun Alif tidak balik kampung sejak emaknya meninggal dunia dua tahun lalu. Alif marah berabis kerana ayahnya kawin baru, Alif marah bukan kerana ayahnyakawin dengan pembantu rumah jirannya itu, tapi apa yang mengguris hati Alif ayahnya naik pelamin baru tujuh bulan ditinggalkan emaknya.

Pada mulanya Alif mahu melupakan saja panggilan ayahnya itu, tapi dia bimbang juga apa sebenarnya yang berlaku kepada ayahnya di kampung. Apapun yang telah dilakukan olehayahnya jika Alif berfikir dengan tenang dan dewasa, pasti tidak akan menimbulkan masalah.

Kalau sekadar ibu tirinya sakit belum cukup syarat untuk Alif bergegas balik kampung. Ataukah ayahnya sendiri yang sakit, kalau sangkaanya itu benar, amat berdosalah dia mengabaikan kesejahteraan ayahnya sendiri. Bagaimana jika dia sendiri yang menjadi ayah satu masa nanti…?

Esok Alif akan balik kampung dan mengetahui apa yagn sebenarnya terjadi. Jejarinya cepat menekan nombor-nombor mobile untuk mengirim mesej kepada bapanya dan malam ini Alif akan berehat sekali gus memadam segala fikirannya yang negatif itu.

Baru beberapa minit Alif melelapkan matanya, bunyi ketukan pintu yang bertubi-tubi itu singgah di telinganya. Alif bangun dan mengamat-amati dari mana bunyi ketukan itu, nyata ketukan itu datangnya dari luar pintu rumahnya. Dengan cepat Alif mengambil benda keras untuk mempertahankan dirinya. Nada ketukan itu amat kuat dan mencemaskan, tapi ia sangat menyakinkan bahawa ketukan itu bukan kecemasan mahupun membahayakan. Demi saja pintu terbuka nyata seorang wanit terus masuk dan meminta perlindungan kepadanya.

Alif cepat menutup pintu setelah dia pasti tidak ada orang yang nampak apa yang berlaku itu, sebagai seorang yang bukan mahram pasti mengundang padah jika orang nampak mereka cuma berdua-duaan dalam sebuah rumah, apa lagi pada waktu malam pasti mereka akan dituduh berkhalwat.

“Izah..mengapa kau lakukan ini..?”

“Lindungilah Izah, bang…”

“Apa sebenarnya yang berlaku, cara yang kau lakukan ini berbahayatau…!”

“Izah hendak dikawin dengan orangtua bang…” suara Izah terputus, mereka pandang memandang satu sama lain.

Bunyi ketukan dari luar bertalu-talu lagi, kali ini betul-betul ada bala yangakan menimpa mereka di malamyang malang itu. Alif cemas… Izahketakutan, Alif habis fikir menyuruh bersembunyi di bilik mandi tapi Izah berkeras. Dalam kekelutan itu Alif hilang sabar lantar berteriak memaksa Izah bersembunyi di bilik mandi.

Dengan satu teriakan yang kuat cukup untuk memenuhi ruang bilik tidurnya yang kecil itu, bahana lontaran suara Alif itu berjaya mengejutkannya dari tidur lena yang menjanjikan esok pagi-pagi dia akan balik kampung menemui ayahnya. Spontan ketukan yang bertalu-talu itu hilang bersama kecaian mimpinya yang aneh itu.

Matahari sudah meninggi, Alif berkemas hendak balik kampung atas desakan ayahnya. Sepanjang perjalanan macam-macam yang terpeta dan jelas dalam fikiran Alif apa sebenarnya yang diinginkan oleh ayahnya sehingga berharap sangat akan kedatangannya itu.

Kereta Alif sudah tersadai di halaman rumah ayahnya, tidak ada apa-apa perubahan masih biasa seperti dahulu, cuma ada sebuah kereta baru mungkin milik ibu tirinya. Alif perlahan-lahan keluar dari keretanya dengan dibebani oleh pelbagai kemungkinan. Kalau ayahnya sakit ataupun apa-apa, tentu ramai orang yang datang menziarahinya.

Sedang Alif membilang-bilang apa yang berlaku dan belum sempat kakinya menjejak tangga pertama rumah bapanya, Alif terkejut apabila nampak Izah dari rumah itu sambil tersenyum kepadanya tanpa sepatah katapun.

Belum sempat Alif bertanya mengapa Izah berada di situ, tiba-tiba muncul pula bapanya di jendela dan menyuruh Alif naik. Alif mencium tangan bapanya dan duduk atas kerusi yang pernah menjadi tilam tidurnya di rumah itu.

“Apa halnya ayah panggil Alif balik” Alif tidak sabar.

“Ayah hendak mengadakan majlis kesyukuran atas kelahiran adik kau yang baru” Ayahnya berasa bangga kerana masih boleh menambah zuriat. “Kalau cuma itu tidak payah ayah panggil Alif balik,” bantah Alif.

“Ayah juga akan melangsungkan majlis akad nikah…” tepat dan padat.

“Mengapa ayah tidak berunding dengan Alif dulu, ini bukan perkara main-main ayah.” Alif membantah macam dia tahu apa yang ada dalam otak kepala ayahnya yang berusia lagi satu minggu menerima bayaran pencen umur tua itu.

“Kerana bukan perkara main-main itulah ayah lakukan ini.” Ayahnya pula macam tahu apa yang dimaksudkan oleh Alif.

“Alif belum bersedia ayah…”

“Kau tidak perlu bersedia yang hendak nikah itu ayah…!”

“Ayah nak kawin lagi?” macam tidak percaya walaupun Alif tahu ayahnya selama ini tidak pernah berbohong.

“Ayah kawin dengan Izah…”

Cuma dengan empat perkataan sudah cukup untuk membuatkan biji mata Alif seolah terkeluar macam kartun. Alif tidak menyangka Izah yang sering datang dan mengajak lari dalam mimpinya itu adalah satu petanda awal yang menyatakan Izah akan menjadi ibu tiri Alif yang kedua.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel