A+ A A-

SEBUAH KASIH YANG HAMBAR

Rate this item
(0 votes)

cerpen01 22122014 SEBUAH KASIH YANG HAMBARHARI itu Rasiah menerima berita yang Zaitun telah kembali ke rahmat Allah. Khabar itu disampaikan oleh adiknya melalui telefon. Zaitun adalah isteri kepada Haji Salihin yang bersaudara dengan suami Rasiah. Zaitun pula kawan sekampung Rasiah semasa mereka tinggal di pekan kecil dulu. Zaitun suka bergaul dengan siapa saja asalkan orang itu suka padanya. Zaitun punya tiga orang anak dua lelaki dan seorang perempuan. Tiga tahun yang lalu Rasiah berjumpa Zaitun di satu majlis perkahwinan Zaitun bercerita pada Rasiah yang dia baru enam bulan pulang dari negara jiran kerana menjalani perubatan di sana. Rasiah bertanya Zaitun sakit apa. Dengan wajah yang sedih Zaitun memberitahu yang dia telah menghidap barah pangkal rahim. Zaitun hampir menangis ketika menyampaikan berita itu pada Rasiah. Dengan rasa simpati Rasiah mendekap badan Zaitun yang dulunya begitu berisi dan sangat mempesona mata yang memandangnya. Ketika itu wajah Zaitun benar-benar nampak pucat. Rasiah tak berani untuk berkata apa-apa kerana dia takut akan menyingung perasaan Zaitun.

Dalam perkara begini Rasiah harus berhati-hati bila hendak memberi nasihat maklum ada katanya apabila seseorang itu ditimpa masalah mereka mudah tersinggung sebab itulah Rasiah hanya dapat memaluk badan Zaitun dengan penuh rasa sebak di dadanya tanpa ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

Dalam menahan sedihnya Rasiah terdengar Zaitun bertanya adakah dia tahu di mana Haris berada. Kerana dia benar-benar ingin berjumpa dengan pemuda itu. Untuk apa Zaitun bertanyakan Haris? Rasiah merenung wajah yang pucat itu. Kenapa Haris yang dicari. Adakah Zaitun belum dapat melupakan Haris dalam hidupnya. Tapi sedih juga di hati Rasiah bila melihat Zaitun seperti dia benar-benar harap supaya Rasiah dapat memberitahu di mana Haris. Mungkin Zaitun ingin meminta maaf kerana dia pernah membuat hati Haris terluka Rasiah tahu Zaitun masih menaruh perasaan cinta pada Haris. Itu kisah lama yang tak akan mungkin datang kembali. Rasiah hanya merenung Zaitun di hati dia berharap semoga Zaitun faham akan renungannya itu. Kerana memang dia tidak tahu ke mana perginya Haris Setelah Zaitun berkahwin dengan Haji Salihin atas pilihan orang tuanya Haris hilang entah ke mana.

Itulah pertemuan yang terakhir di antara Rasiah dengan Zaitun selepas itu Rasiah hanya mendengar khabar yang Zaitun masuk ke rumah dan keluar sekejap. Lepas itu masuk lagi. Rasiah memang sengaja tidak mahu melawat Zaitun semasa dia berada di rumah sakit kerana Rasiah tidak mahu Zaitun merasa yang hidupnya berakhir begitu kerana bukan itu yang diharapkan oleh Rasiah. Dan hari ini Rasiah menerima kepergian Zaitun dengan hati yang benar-benar pilu. Zaitun telah pergi menghadap yang Maha Esa.

Rasiah dan suaminya sampai di rumah Haji Salihin jam baru saja menujukkan sembilan pagi. Kerana mereka berdua menyangka jenazah Zaitun masih lagi berada di rumahnya. Rasiah berasa hairan melihat banyak tetamu yang sudah pulang. Yang tinggal hanyalah keluarga yang terdekat saja. Rasiah bertanya pada Saliha iaitu adik perempuan Haji Salihin di mana jenazah Zaitun akan disemadikan. Saliha memberitahu jenazah Zaitun akan disemadikan di tanah perkuburan kampung itu yang tidak jauh dari sana.

Oleh kerana Zaitun meninggal di waktu malam. Jadi jenazahnya telah pun dimandikan malam itu juga dan Sembahyang Jenazah juga tidak henti-henti dilakukan oleh sanak saudara dan dari jiran-jirannya. Jam 6.00 pagi anak Zaitun dan dua tiga keluarga yang lain telah pergi ke tanah perkuburan jadi kalau tidak ada masalah jam lapan pagi liang lahad sudah siap digali. Itulah sebabnya mereka membawa jenazah Zaitun berangkat awal tanpa bertanya terlebih dahulu adakah mereka sudah boleh datang ke tanah perkuburan. Rasiah dan suami tidak terus pulang suaminya berpendapat lebih baik mereka berdua pergi saja ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan mereka yang terakhir pada jenazah Zaitun.

Rasiah dan suaminya terkejut memandang jenazah Zaitun masih lagi berada di dalam kereta jenazah. Rasiah dan suaminya turun dari kereta mereka lalu memberi salam kepada Haji Salihin dan tetamu yang ada. Haji Salihin memberitahu pada suami Rasiah tanah yang sudah digali sedalam dua kaki tidak dapat digali lagi kerana terlalu keras. Sudah bermacam cara dilakukan tapi masih juga tak berhasil. Seorang anak muda datang menghampiri Haji Salihin. Kalau tidak keberatan dia akan cuba meminta bantuan pada ayah saudaranya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Oleh kerana tidak ada pilihan akhirnya Haji Salihin memberi kebenaran pada anak muda itu untuk memberi bantuan padanya. Dan terus mengucapkan ribuan terima kasih.

Tidak lama kemudian terlihatlah anak muda tadi bersama dengan seorang lelaki yang sebaya dengan Haji Salihin. Orangnya belum tua. Lelaki itu memberi salam pada Haji Salihin dan juga pada orang yang ada dekat dengannya. Haji Salihin menjawab salam dari lelaki itu lalu menerangkan masalah yang mereka hadapi. Memandangkan jam sudahpun hampir 10.00 pagi tak lama lagi orang akan pergi ke masjid untuk menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat. Lelaki itu hanya menjawab dengan perkataan InsyaaAllah. Darah Rasiah bergemuruh apabila terpandang wajah lelaki yang datang itu adalah Haris. Dengan pantas Rasiah mendekati Haris dan memberi salam. Haris terkejut melihat Rasiah dan suaminya berada di tanah perkuburan itu. Dari renungan mata Haris, Rasiah dapat merasa seperti ada yang tak kena di hati Haris bila saja dia terpandang Rasiah. Haris minta diri pada Rasiah dan suaminya kerana dia akan memulakan kerjanya. Haris menyentuh tanah yang akan di galinya dengan tangan sebelah kanan. Dia merasa memang ada yang tidak kena pada jenazah yang akan jadi penghuni liang lahad hari itu. Sebelum itu Haris berjalan menuju ke arah pondok yang telah disediakan di kawasan kubur itu. Haris mengambil air wudhu selepas itu dia mendirikan solat sunat dua rakaat memohon pada yang Maha Esa semoga apa yang akan di kerjakannya nanti mendapat rahmat. Dan memberi keampunan kepada jenazah yang akan disemadikan pada hari itu.

Selesai menunaikan Solat Hajat Haris menyambung semula kerja mengali tanah liang lahad yang tergandala tadi. Alhamdulillah dengan pertolongan dua tiga orang termasuk anak Zaitun tidak sampai satu jam liang lahad sudahpun dapat diselesaikan. Haji Salihin menyudahkan bacaan Surah Yaa Siin apabila terpandang Haris telah memberi isyarat yang jenazah isterinya sudah boleh dimasukkan. Dengan tak membuang masa Haji Salihin turun ke dalam liang lahad dia memanggil anaknya yang tua untuk bersamanya. Dan meminta supaya Haris tetap berada di bahagian kepala Haji Salihin sendiri berdiri di tengah anaknya di bahagian kaki.

Tapi belum pun jenazah Zaitun diturunkan ada lagi masalah yang terjadi. Tiba-tiba Haji Salihin melihat liang lahad seperti tertutup. Haji Salihin seperti tak percaya dengan apa yang dipandangnya lalu dia memandang pada Haris seakan dia ingin meminta kepastian apakah benar apa yang dilihatnya itu. Haris faham akan maksud pandangan Haji Salihin itu lalu Haris membawa Haji Salihin naik semula ke atas tanah perkuburan dan duduk bersebelahan dengan jenazah Zaitun. Haris bertanya pada Haji Salihin kalau arwah isterinya ada membuat kesalahan baik yang Haji Salihin ketahui atau tidak maafkanlah dia, Haji Salihin menjawab selama dia hidup bersama dengan arwah isterinya sedikit pun dia tidak merasa berkecil hati kerana arwah isterinya adalah seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Arwah isterinya tidak pernah meminta apa-apa darinya. Seperti dia tidak memerlukan apa yang ada dalam dunia ini. Apa yang dibawa dengan senyum dan ucapan terima kasih yang tak pernah dia lupakan. Arwah isterinya juga kuat beribadat. Bagi Haji Salihin arwah isterinya adalah seorang isteri yang sangat istimewa di dalam hidupnya.

Haris meminta Haji Salihin mengingat lagi semasa isterinya sakit adakah dia meminta atau berpesan apa-apa pada Haji Salihin. Seperti kilat Haji Salihin teringat tiga bulan yang lalu arwah isterinya ada meminta padanya. Kalau dia sudah tiada dia tak mahu Haji Salihin beristeri lagi. Isterinya meminta jawapan masa itu juga tapi Haji Salihin tak dapat berkata. Kerana di hatinya terlalu merasa berat untuk berjanji pada arwah isterinya. Sebagai manusia dia dapat merasa yang hidup ini adalah ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Sebab itulah dia tak dapat menjawabnya.

Haji Salihin bercerita dengan linangan air matanya. Haris meminta pada Haji Salihin supaya dia memberi jawapan dengan hati yang jujur kepada arwah isterinya. Dengan tidak membuang masa Haji Salihin berkata. Dia memohon maaf kepada arwah isterinya Zaitun kerana buat masa ini belum lagi terlintas di hatinya untuk mencari pengganti Zaitun. Tapi kalau Tuhan masih memberi dia jodoh dia akan menerima dengan rela tapi dia akan tetap menyayangi Zaitun hingga ke akhir hayatnya. Haji Salihin meminta supaya Zaitun pergi dengan tenang dan aman kerana dia jugamerelakan Zaitun pergi menghadap Tuhan yang Maha Esa. Selepas itu Haji Salihin membaca doa dan diikuti oleh yang lainnya. Setelah doa selesai diaminkan jenazah Zaitun pun diturunkan ke dalam liang lahad. Semasa Haris menyambut jenazah Zaitun dadanya berdebar kencang seperti ada yang memukulnya. Haris berselawat tiga kali. Rasiah dapat melihat yang tangan Haris gementar. Semasa liang lahad akan ditimbus setelah Haji Salihin menciumkan tanah ke hidung arwah isterinya. Haris tidak mahu memandangnya. Kerana yang meninggal itu adalah isteri orang haram hukumnya. Haris tercium bauan yang sangat harum. Haji Salihin juga sama tercium bau itu. Lalu Haris mengucapkan Allahuakbar dan Alhamdulillah dikuti oleh semua yang hadir.

Setelah semuanya selesai dan yang datang pun memohon diri untuk pulang. Haji Salihin mempersilakan mereka semua supaya dapat datang ke majlis bertahlil di rumahnya malam nanti. Haris minta maaf kerana dia tidak dapat hadir kerana dia ada janji dengan anak muridnya.

Haji Salihin datang menghampiri Haris dan Rasiah juga suaminya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih. Kerana kalau bukan bantuan dari Haris tentu semua itu belum dapat diselesaikan. Haris menjawab semuanya atas pertolongan dari Tuhan dia hanya sebagai penghantarannya saja. Haji Salihin memperkenalkan anak lelakinya pada Haris. Haji Salihin memberitahu yang anaknya itu bernama Haris Fadilah. Isterinya yang memberi nama itu. Haris hanya tersenyum tapi di hatinya dia teringat yang nama itu akan diberi kepada anaknya. Kalau dia sampai berkahwin dengan Dewi. Haji Salihin memberi salam dan terus meninggalkan Haris. Rasiah dan suaminya.

Haris bertanya pada Rasiah apa hubungannya dengan yang meninggal dan bertanya lagi adakah Rasiah tahu di mana Dewi sekarang, kerana sudah beberapa bulan ini dia asyik teringat saja memberi tahu pada Dewi. Haris memberitahu pada Rasiah akan kegundahan hatinya.

Rasiah tidak dapat menjawab. Dia hanya merenung wajah Haris. Di matanya Rasiah dapat merasa yang Haris sedang mencari Dewi. Haris merenung tepat keanak mata Rasiah seperti dia dapat merasa ada yang tidak kena terjadi pada Dewi. Dengan suara yang perlahan Rasiah menjawab yang tadi itu adalah Dewi. Dahi Haris berkerut seperti dia tersalah dengar. Rasiah mengulang ucapannya. Jenazah yang tadi itu adalah Dewi, iaitu Zaitun adalah nama Dewi yang sebenarnya. Rasiah melihat betapa pucatnya wajah Haris ketika itu seperti dia akan pengsan.

Dengan pantas suami Rasiah mendakap badan Haris lalu membawanya duduk di atas bangku yang ada disediakan di tanah perkuburan itu. Haris tidak dapat menerima berita itu. Haris menangis sambal berjalan menghampiri pusara Zaitun lalu dia berkata.

“Dewi, kenapa kau pergi tanpa memberi tahu padaku, yang kau sedang sakit, Dewi! Siang dan malam tak pernah aku lupa padamu, setiap ada ruang di hatiku, aku selalu berdoa, semoga kita dapat bertemu, dalam bahagia, bukannya duka.” Haris berusaha menahan tangisnya. Walaupun dia dalam kepayahan kerana terlalu sedih.

Rasiah menangis mendengar apa yang disampaikan Haris pada Zaitun. Dia memeluk suaminya kerana terasa benar sayu di hatinya. Suaminya mengusap bahu Rasiah seperti suaminya bersimpati dengan nasib yang menimpa kedua sahabat isterinya itu.

Setelah tenang Haris minta diri untuk pulang kerana waktu Solat Jumaat sudah hampir tiba. Rasiah hanya dapat memberi angukkan sebagai jawapannya. Rasiah juga dapat merasa betapa hancurnya hati Haris kerana yang dikebumikannya itu adalah Dewi wanita yangselama ini ingin dijadikan miliknya. Tidak lama selepas Haris pergi, Rasiah dan suaminya pun pulang meninggalkan tanah perkuburan.

Dalam perjalan pulang seperti Haris tak dapat untuk melangkahkan kakinya. Tapi dia masih ingat semua yang terjadi adalah rahsia Tuhan dia harus menerima dengan hati yang suci bersih jangan ada satu pun kekesalan di hatinya yang boleh membawa niatnya terpesong. Tapi sekuat manapun Haris menahan sedih di hatinya air mata tetap juga membasahi pipinya. Bila sampai di kawasan rumahnya Haris merasa seperti dia kehilangan sesuatu barang yang sangat berharga.

Lalu dia duduk di tangga rumahnya. Di sana sekali lagi Haris menangis kerana penantiannya kini sudah berakhir. Haris berharap agar satu masa nanti Dewi akan datang padanya. Tapi sayang orang yang ditunggunya telah pergi buat selamanya. Dan yang paling mengguris hatinya ialah sedikit pun tidak terfikir tanah yang digalinya itu adalah untuk jenazah Dewi orang yang ditunggunya sekian lama. Wanita inilah yang akan dijadikannya isteri. Hanya wanita ini juga yang dapat menambusi pintu hatinya.

Akhirnya dia yang menyambut jasad Dewi apabila diturunkan ke dalam liang lahad. Betapa hancurnya hati Haris ketika itu terasa dia ingin menjerit dan bertanya pada Tuhan. Kenapa begini akhirnya cintanya pada Dewi. Kerana Dewilah dia meninggalkan semua harta yang menjadi miliknya dan lari bersembunyi di kampung itu membawa hatinya yang benar-benar terluka. Dia hidup seorang diri di sebuah rumah kayu yang sangat sederhana dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis bunga mawar yang menjadi kesayangannya. Kerana Haris tahu bunga mawar itu adalah bunga kegemaran Dewi.

Haris juga banyak menanam sayur-syaruan untuk memenuhi hari lapangnya sayur itu akan diberinya kepada orang yang ingin membeli sebagai sedekah buat amalan hidupnya. Kerana semasa dia mula terpandang Dewi di zaman mudanya Dewi sedang berkebun sayur dan bunga-bunga yang banyak di halaman rumahnya. Sebab itu, Haris berharap bila Dewi datang padanya semua yang diinginkan ada di hadapan matanya.

Di hatinya Haris selalu berharap Dewi akan menjadi miliknya. Dan mereka berdua akan duduk bersama di dalam taman yang dibinanya sendiri. Tapi sayang Dewi tidak dapat melihat semua itu. Dan haris juga tidak menyangka yang hari itu berakhirlah sudah penantiannya. Kerana Dewi telah pergi buat selamanya. Bila tangisnya telah reda Haris pun masuk ke dalam rumahnya dengan langkah yang tergesa-gesa kerana dia telah terdengar suara Azan menandakan waktu Sembahyang Jumaat telah tiba.

Kalau dulu Haris selalu berdoa apabila saja dia selesai menunaikan sembahyang lima waktu agar dia dapat hidup bersama dengan Dewi. Tapi mulai hari itu dia hanya akan berdoa semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada roh Dewi yang telah kembali kepadaNya. Hanya itu yang dapat Haris lakukan untuk Dewi yang pergi membawa sebuah cinta suci dari hatinya. Tidak ada lagi yang akan ditunggu oleh Haris dalam hidup ini kecuali mati.

Sebelum mati itu tiba dia harus bersedia membawa apa yang terdaya untuk dirinya. Kerana Haris tahu dia tidak punya sesiapa dalam hidupnya yang akan menyambung amal kebajikan yang telah dilakukannya. Kerana dia tidak punya keturunan untuk dinanti memandikannya apabila dia sudah tiada. Walaupun dia punya harta tapi harta itu sudahpun diserahkannya kepada adik dan anak saudaranya yang berada di Kanada. Semua harta itu dibelinya dengan menggunakan nama Dewi. Termasuk sebuah kapal juga di atas nama Dewi. Kapal itu adalah kapal peranginan. Haris berhasrat bila Dewi menjadi miliknya dia akan membawa Dewi mengelilingi lautan Kanada dengan kapal itu tapi Haris tahu semua itu tak akan pernah terjadi lalu kapal itu dihadiahkannya kepada Adam anak saudaranya yang dulunya menjadi kesayangan Dewi. Haris lari ke Kanada kerana dia berasa kecewa pabila mendengar yang Dewi akan dikahwinkan dengan seorang pemuda yang menjadi pilihan keluarganya. Ketika itu Haris seperti orang gila kalau boleh ingin saja rasanya Haris membawa
Dewi pergi bersamanya.

Tapi apakan daya Dewi adalah gadis Melayu yang dijaga dengan didikan mengikut acuan Melayu. Dewi tidak boleh berkata tidak pada ibunya, kerana ibunya juga tidak pernah berkata tidak pada neneknya.

Selama 38 tahun Haris berada di rantau orang. Entah apa sebabnya hati Haris ingin kembali ke tanah tumpah darahnya. Haris merasa seperti ada satu suara yang memanggil dia untuk pulang. Akhirnya setelah semua hartanya yang ada di Kanada diserahkannya pada Adam Haris pulang dan dia membeli sebidang tanah untuk tempat kediamannya. Itulah rumah yang dianggapnya sebagai sebuah istana untuk dia dan Dewi menghabiskan hari tua mereka bersama. Sebuah impian yang hilang ditelan kabus malam.

Setelah 40 hari pemergian Dewi. Rasiah datang menziarahi pusara Dewi. Rasiah terpandang banyak bunga mawar terletak di atas pusara Dewi. Ada yang sudah kering layu dan yang masih segar semua diletakkan dengan sempurna. Rasiah tahu mawar itu tentunya dari Haris. Rasiah membaca Al Faatihah sebagai ingatannya pada Dewi. Tidak lama kemudian Rasiah terdengar ada langkah kaki menuju ke arahnya. Rasiah memandang orang itu. Ternyata Haris sudah berdiri disisinya. Haris tak tersenyum matanya sayu merenung batu nisan yang terpacak kaku di hadapannya. Haris duduk lalu meletakkan lagi sekuntum bunga mawar putih. Rasiah tahu Haris menangis. Rasiah tak dapat menahan sedih di hatinya dia juga menangis sama. Dalam sendunya Haris bertanya kepada Rasiah adakah pernah Dewi bertanya tentang dirinya. Rasiah menjawab memang seringkali bila berjumpa tidak pernah Dewi tidak bertanya tentang Haris. Tapi Rasiah tak dapat memberitahu pada Dewi kerana Rasiah takut berdosa pada suami Dewi kalau nanti Dewi tidak jujur pada suaminya bila
dia thau yang Haris masih mencintai dirinya dan Haris sudahpun kembali ke tanah air.

Walaupun Rasiah kasihan melihat penderitaan jiwa Dewi. Rasiah berharap Haris tidak akan kecil hati padanya. Hari berkata, “Kau tahu Ras, betapa aku teseksa setelah mengetahui yang Dewi telah dipaksa untuk kahwin dengan orang lain, oleh kerana aku tidak mahu Dewi disakiti oleh ayah dan keluarganya aku pergi meninggalkan keluarga yang sangat ku kasihi. Tapi jauh di lubuk hatiku, aku masih menaruh harapan Dewi tetap akan menjadi milikku, tapi sekarang apa yang akan ku nanti,” Haris bertanya pada Rasiah. Di matanya masih ada air yang mengalir membasahi pipinya. “Haris, semua ini adalah rahsia Tuhan tidak ada siapa yang tahu apa penghujungnya hidup kita ini,” hanya itu yang dapat Rasiah ucapkan kepada Haris.

Haris berkata lagi, “Ras, penantian ku yang pertama sudah ada jawapannya, Dewi tidak dapat ku miliki, tapi, penantian ku yang kedua adakah aku dan Dewi tidak dapat bersama bila aku sudah tiada?”. Haris tidak menunggu jawapan dari Rasiah. Dia lalu pergi meninggalkan Rasiah sendiri di pusara Dewi atau Zaitun. Satu badan dua nama. Satu badan dua lelaki yang mencintainya. Rasiah berkata sendiri. Rupanya masih ada seorang Maznun di dunia ini yang hidup menderita kerana seorang wanita yang dipujanya. Rasiah seperti tak percaya. Tapi itulah sebuah cinta yang bermula dengan duka di pertengahannya kecewa.

Penghujung penderitaan yang dirasakan oleh Haris sangat memukul jiwanya. Rasiah juga dapat merasa mungkin Dewi tak pernah senyum. Yang hilang dari bibirnya ialah nama Haris, seolah dia sangat merindu lelaki itu. Itu yang membuat Rasiah tidak lagi mahu berjumpa dengan Dewi. Setelah tiga tahun mereka berjumpa semula, Rasiah ingat Dewi sudah lupa pada Haris. Tapi sayang nama Haris sudah terpaku di hati Dewi. Dia tetap akan bertanya di mana Haris. Itu yang membuat Rasiah seperti berhenti dari bernafas.

cerpen02 22122014 SEBUAH KASIH YANG HAMBAR

Sebelum pergi Rasiah memberi salam dan bersedekah Al Faatihah kepada yang telah pergi. Semoga mereka dapat rahmat dari Tuhan yang mana pengasih lagi yang Maha Penyayang. Rasiah memandang sekeliling matanya terpandang lagi kuntum mawar di atas pusara Dewi. Itulah lambang cinta dua insan yang cinta mereka tidak kesampaian. Sebuah cinta yang Hambar. Rasiah dapat merasakan betapa rindunya Haris pada Dewi. Dan bagaimana kalau malam tiba rindu itu datang menggoncang hatinya. Ke mana Haris akan pergi.

Ka1au dulu dia akan pergi jauh. Tapi sekarang adakah Haris akan mendatangi pusara Dewi. Walupun di tengah malam yang sepi. Rasiah takut itu akan terjadi. Dan benar-benar akan terjadi. Rasiah berdoa dan meminta pada Tuhan. Semoga Haris dapat bertahan dengan ujian yang diberi Tuhan pada dirinya.

Sebelum sampai ke arah letak keretanya. Di pertengahan jalan Rasiah terjumpa Haji Salihin bersama dengan tiga orang anaknya. Rasiah bertanya apa khabar Haji Salihin dan anakanaknya. Haji Salihin menjawab semuanya baik-baik saja.

Rasiah minta diri untuk pulang. Dan Haji Salihin meneruskan jalannya menuju ke pusara arwah isterinya.

Belum pun Rasiah menghidupkan enjin keretanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Rasiah memberi salam. Tenyata yang menelefon adalah Haji Salihin yang mengucapkan ribuan terima kasih kerana Rasiah setiap hari menghantar bunga mawar ke pusara arwah isterinya Rasiah tak dapat berkata apa-apa dia selain berkata "tak apa”. Rasiah menerima salam dari Haji Salihin lalu menutup telefon bimbitnya.

Di dalam kereta menuju pulang Rasiah merasa seperti sudah selesai satu penderitaan yang ditanggung oleh seorang sahabatnya. Sekarang yang tinggal hanya Haris yang tak pernah akan tersenyum di dalam menghadapi hari-hari yang mendatang dalam hidupnya. Rasiah menangis mengenang nasib dua sahabatnya itu. Rasiah melajukan keretanya di hatinya dia berjanji akan datang lagi bila Tuhan memberi ia umur. Walaupun sendu di hatinya tak akan hilang bila dia ingat pada dua insan yang benar-benar dia kasihi.

Last modified on
Lebih dalam kategori ini: « LARI Perjalanan »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel