A+ A A-

Esok belum nampak sinarnya

Rate this item
(3 votes)

191015 cerpen01 esok belum nampak sinarnyaMAK, kita tak boleh buat tuduhan melulu. Kita kena siasat dengan lebih terperinci. Mungkin yang mak tengok itu sepupu Aril,'' lirih suara Ayu memujuk ibunya supaya tidak membuat tindakan terburu-buru. Kelak memakan diri sendiri.

''Apa sangat yang nak disiasat ni Ayu. Dah terang dan nyata lagi bersuluh mak nampak dia berdua-duaan dengan perempuan lain di belakang Ayu. Takkan perkara ni pun Ayu tetap nak diamkan. Dah puas Ayu bersabar. Mak tak nak Ayu menyesal kemudian hari. Mak sayang kat Ayu..'' panjang lebar Hajah Fatimah mempertahankan hujahnya sebagai titian buat anak kesayangannya, Ayu untuk berfikir tentang masa depannya apatah lagi tentang perkara yang bersangkut paut dengan hubungan Ayu dan tunangnya, Aril.

''Mak, Ayu percaya Aril jujur dengan hubungan kami. Kalau dia tak jujur dah lama dia putuskan hubungan kami lagi pun kita belum dapat pastikan siapa perempuan tu dalam hidup Aril. Mak pun bukan tengok mereka berdua-duaan di tempat yang sunyi. Mak jangan risaulah, nanti Ayu cuba tanya dengan Aril sendiri ya mak. Sekarang ni mak pergilah rehat dulu,'' Ayu pula bijak membidas hujah emaknya. Ayu berpura-pura tenang di hadapan ibunya sedang dihati ada rasa gelisah yang rancak menari. Tapi demi ibu tercinta dia tidak mahu ibunya turut khuatir dengan hubungannya dan Aril yang seperti retak menunggu belah.

Hajah Fatimah menggelengkan kepalanya sebelum berangkat masuk ke dalam biliknya. Hati keibuannya tersentuh melihat anak tunggal kesayangannya seperti boneka, dipermainkan seolah tidak punya perasaan. Meskipun hati tuanya berenang di kolam kesedihan tapi tetap terselit perasaan bangga dengan sifat tegar anaknya. Kalau dilihat dari sudut rupa, Ayu memang cantik, seayu namanya Nur Arissa Ayuni. Dilihat dari segi tingkah laku memang penuh dengan sopan santun dan berbicara dengan selembut bahasa. Bercakap mengenai amalan. memang tidak pernah tinggal satu rakaat sembahyang dalam sehari. Kalau ada masa lapang dihabiskan dengan membaca Al-Qur'an apatah lagi di saat hati Ayu dirundung rasa gelisah. Hajah Fatimah sudah arif dengan sifat dan perangai Ayu yang tidak pernah meluahkan perasaan kepadanya melainkan kepada sesuci kitab Al-Qur'an. Kerja dapur, memang Hajah Fatimah tidak perlu mengupah orang gaji semuanya beres dengan tangan lembut anak gadisnya yang bernama Ayu. Entah di mana kurangnya Ayu di mata Aril
sehingga sanggup mengabaikan Ayu. Dulu bukan main cepat nak masuk meminang Ayu. Konon takut disambar orang. Tapi lihatlah sekarang Ayu dia dah sambar tapi masih mahu nak menyembar anak orang yang entah baikkah tidaknya. Sempat hati tua Hajah Fatimah berbicara sendiri mengenang nasib anak tunggalnya. Entah pukul berapa Hajah Fatimah terlelap sendiri.

Ayu di biliknya sudah siap duduk bersila menghadap sebuah Al-Qur'an yang bisu tetapi penuh dengan kenikmatan dan mampu meluruhkan daun-daun sedih dari ranting jika yang tidak keruan. Ayu tidak pernah mengeluh andai ditimpa sebarang musibah. Seandainya silap datangnya dari dirinya sendiri dia akan cuba untuk memperbaikinya dan jika berlaku sebarang masalah yang dikerjakan oleh orang lain untuk mengenakan batang hidungnya, Ayu akan cepat-cepat memohon keampunan ke hadrat Ilahi kerana telah menyebabkan orang lain berniat jahat hingga berani membuat perkara yang tidak elok. Ayu terlalu mudah memaafkan orang lain dan tidak pernah menyimpan dendam terhadap orang lain. Bagi Ayu setiap yang bernafas di muka bumi ini melakukan kesilapan. Begitu jua dirinya dan tidak kurang juga orang yang dicintainya, Mohd. Aril Bahzi yang sudah hampir tiga tahun menjadi tunangnya. Tapi apakah kali ini dia akan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh tunangnya sendiri. Entah..dia sendiri pun kurang pasti. Hanya masa yang akan
menjawab soalan itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi entah sudah berapa lama Ayu menghabiskan waktunya dengan bermunajat minta dihapus segala rasa gelisah, sedih dan pilu yang mula merantai perasaannya. Setelah puas dengan bacaannya Ayu bingkas dan menuju arah katil bujangya tempatnya beradu. Sebelum tidur Ayu menatap seketika gambar Aril yang tampan. Seketika fikirannya belayar jauh ke Paris. Di situlah mulanya perkenalan Ayu dengan Aril. Ketika itu Ayu bercuti selama tiga hari dua malam di negeri idamannya yang menjadi igauan mimpi oleh semua orang kerana Paris terkenal dengan sebuah negeri yang penuh dengan warna-warna keromantisan. Memang benar apa yang dikata orang, di situlah mulanya bibit cinta yang kian menyubur di taman hati. Tapi kenapa di saat hati penuh dengan sewangi harumnya kasih terhadap Aril. Aril seakan menjauhkan diri. Sudah dua minggu Aril tidak menghubunginya ketika di rumah mahupun ketika di pejabat. Ayu sendiri pun tidak pernah meringankan tangannya untuk menghubungi Aril. Mungkinkan Ayu merajuk. Apakah yang terjadi sebenarnya. Siapa pula perempuan yang dilihat ibu bersamanya dan esok dapatkah ku temui jawapannya Akhirnya Ayu terlelap dengan sekalung soalan yang belum terjawab.

Jam kecil yang sudah dikunci Ayu sebelum tidur semalam menjalankan tanggungjawab mengejutkan tuan nya untuk bangun tepat jam 5 pagi agar segera mengerjakan suruhan Allah. Selesai menunaikan Solat Subuh dan berdoa panjang di penghujungnya Ayu bergegas masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi khas untuk ibu dan ayah kesayangannya. Sudah menjadi rutin hariannya begitu. Bukan tidak mampu untuk menggaji pembantu rumah tapi bagi keluarga kecil itu adalah lebih baik sekiranya dapat melakukan kerja rumah dengan tangan sendiri selain daripada dapat mengelakkan sifat malas, bekerja dengan tangan sendiri juga tidak perlu menyalahkan sesiapa seandainya berlaku sebarang kesilapan.

''Mak..abah.. duduklah kita makan sama-sama. nanti lewat pulak nak pergi kerja,'' sambut Ayu ketika melihat kedua orang tuanya berjalan beriringan menuju ke arahnya.

''Yalah nak duduk lah ni.. takkan nak baring kut.. ha Ayu pun makan sekalilah..tentu sedap ni kalau Ayu yang masak. Sampai menjilat jarilah katakan,'' ujar Haji Kasim berseloroh mengajuk sebaris ayat yang sering ditutur dalam iklan makanan segera, KFC.

''Alah abang ni..anak siapa kalau bukan anak Timah...” ibunya Hajah Fatimah pula mengambil tempat. Mendepakan tangannya ke arah dada angkat bakul naik sendiri.

''Sudah-sudahlah tu mak.. abah... dah Ayu memang pandai masak esok-esok nak juga Ayu masuk uji bakat jadi tukang masak terhormat. Sekarang ni kita makan dulu jangan asyik berbual saja nanti nasi lemak Ayu masak tidak habis perut mak abah kosong!,'' panjang lebar ayu berhujah dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.

Nasi lemak sambal ikan pusu yang disediakan Ayu pagi itu memang membangkitkan selera kedua orana tuanya tambahan lagi turut disediakannya seteko kopi pekat yang sudah menjadi kegemaran dan menu harian mereka setiap pagi lebih-lebih kopi yang dibancuh dengan tangannya sendiri. Memang terangkat! Selesai makan dua pinggan nasi lemak sambal pusu ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari dapur untuk bertolak pergi ke pejabat. Hari ini Ayu ingin pergi ke tempat kerjanya dengan menggunakan khidmat keretanya sendiri, manakala kedua orang tuanya dibiarkan pergi bersama dengan kereta ayahnya.

''Elok-elok memandu ya Ayu jumpa nanti di pejabat,'' sempat Hajah Fatimah menasihatkan anak kesayangannya supaya berhati-hati ketika memandu walaupun tahu anaknya itu sentiasa berdisiplin ketika memandu.

''Yalah mak.. abah pun jangan pandu laju sangat ya..,'' balas Ayu sambil menyalami tangan Haji Kasim sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

Sepanjang pemanduan Ayu ke pejabat fikiran Ayu sedikit tersasar memikirkan tunang kesayangannya. Kalau boleh Ayu ingin menyelamatkan hubungan mereka tapi andai sekiranya sudah kritikal benar. Ayu pasrahkan saja ke hadrat Ilahi. Mungkin tiada jodoh antara mereka berdua.

''Selamat pagi Ayu..,'' sapa beberapa pekerja bawahan ayahnya. Ayu memang sudah berpesan kepada semua orang di tempat kerjanya untuk memanggilnya dengan nama Ayu saja. Tidak perlu ber encik-encik jauh sekali untuk dipanggil puan. Bagi Ayu pangkat bukanlah satu perkara yang boleh membezakan diri seseorang itu dengan yang lainnya. Baginya lagi semua manusia itu sama tarafnya di mata Tuhan. Kita hanya peminjam di dunia ini tiada yang kekal melainkan Allah jua. Begitulah pesan kedua orang tuanya.

''Selamat pagi,'' balas Ayu sambil melemparkan senyuman paling manisnya. Berhasil membuang jauh masalah hubungannya dengan Aril.

''Ibu dan ayah Ayu dah sampai awal tadi..Ayu tak satu kereta ke?,'' tanya Midah teman paling rapat Ayu.

''Ya.. hari ini Ayu malas nak kacau daun nak biar mak dan ayah beromantik..,'' seloroh Ayu sebelum meninggalkan Midah dan Aisyah dan bergerak masuk ke biliknya. Selebihnya Midah dan Aisyah yang mendengar suara nakal Ayu hanya tertawa.

''Nakal betul Ayu tu ya... ehe kalau lah semua orang macam mereka sekeluarga tu aman dunia kan Syah,'' ujar Midah setelah menghabiskan tawanya.

''Betul tu.. tak sombong dan sering menitikberatkan hal ehwal pekerja. Syukurlah kita tak dapat bos ganas macam singa...''

''Kenapa dengan singa Aisyah?,'' sampuk Hajah Fatimah (lebih mesra dipanggil Mak Mah) yang mendengar perbualan dua orang sahabat anaknya sambil memegang dua cawan koko panas. Tentu baru keluar dari pantry. Sudah menjadi tabiat Hajah Fatimah untuk menyediakan minuman sendiri ketika dipejabat tak perlu minta tolong orang lain buat. Sendiri buat baru lah best!

''Tak adalah Mak Mah... saja berbual pasal singa yang terlepas di zoo hari tu,'' seloroh Midah pula membuatkan ketiga-tiga mereka tergelak.

''Macam-macamlah awak berdua ni. Nanti tak pasal-pasal kamu berdua ni diurat singa jantan. Nahaslah kamu dapat laki singa!,'' balas Hajah Fatimah sambil membeliakkan sedikit matanya seolah-olah sedang menakutkan dua orang budak kecil. Sudahnya mereka ketawa lagi.

''Eh..melarat pulak saya ni..kalau macam tu saya masuk dululah.. nanti tertunggu-tunggu pula singa yang nak minum koko panas ni,'' sempat lagi Hajah Fatimah bergurau sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya. Sebenarnya bukan biliknya saja tapi bilik suami dan jaga anaknya Ayu.

Bilik itu dipecahkan kepada tiga bahagian.. beraja di bilik pertama adalah Haji Kasim sebagai ketua, manakala permaisurinya Hajah Fatimah melakukan tugasnya dalam bilik nombor dua dan setentuya bilik nombor tiga didiami oleh si puteri Ayu yang cantik jelita.

''Nah bang minumlah...,'' Hajah Fatimah segera meletakkan secawan koko panas di atas meja kerja suaminya.

''Eh Timah yang awak sengih-sengih ne apa halnya. Kena sampuk ke?,'' soal Haji Kasim kehairanan melihat isterinya seolah-olah ada perkara lucu yang menggeletek hati isterinya.

''Tak da lah bang.. tu ha.. budak berdua Midah dan Aisyah tu macam-macam ceritanya siap bawa cerita singa lah apa lah..,'' balas Hajah Fatimah menghabiskan sisa tawanya.

Tanpa menunggu suaminya membalas Hajah Fatimah terus meluahkan perasaan tidak puas hatinya tentang Ayu dan Aril. ''Ni ha... sebenarnya Timah ni risau bang tentang hal anak kita Ayu tu. Semalam waktu pulang dari pasar beli sayur. Timah singgah sekejap dekat mall tu ha. Abang tahu.. apa timah nampak?,'' sengaja Hajah Fatimah menyoal suaminya.

''Tak tahu lah..kan awak yang nampak bukan saya. Habis tu apa yang awak nampak?,'' soal Haji Kasim kembali. Kelihatan berminat untuk mendengar cerita lanjut dari mulut isterinya.

''Timah jumpa Aril bang.. berkepit dengan perempuan. Tak taulah nak kata apa. Ayu tak nak besar-besarkan hal ni bang. Ayu cakap mungkin sepupu Aril. Tapi takkan begitu mesra bang," suara Hajah Fatimah sedikit mengecil takut didengar dek anak kesayangannya.

''Betul lah tu.. entah-entah sepupu dia ke.. kita tak boleh nak ikut campur biar Ayu aja yang selesaikan masalahnya. Mereka tu bukan budak-budak lagi. Tahulah mereka nak buat apa,'' Haji Kasim juga mengikut rentak Hajah Fatimah mengecilkan sedikit suaranya.

''Sekarang ni kita siapkan kerja kita nanti tak pasal-pasal pulak projek penting ni tergendala,'' ujar Haji Kasim memberi arahan.

“''aik lah bang. Timah masuk bilik dulu lah. Timah pun ada kerja yang belum selesai,'' balas Haji Fatimah segera bergerak masuk kedalam biliknya yang terletak disebelah kanan bilik Haji Kasim. Setelah pintu bilik Hajah Fatimah tertutup pintu bilik sebelah kiri pula terbuka dan Ayu keluar dengan beg kecil yang tersangkut dibahu kirinya. Haji Kasim yang melihat terus menegur.

''Nak kemana ni Ayu..?,'' soal Haji Kasim pendek, "Ayu keluar kejap abah...nak jumpa balak kalau ada apa-apa abah suruh aja Aisyah kat luar tu. Dia boleh tolong ambilkan barang-barang yang abah berkehendak,'' balas Ayu pula seolah majikan bercakap dengan pembantu lagaknya.

''Amboi.. bukan main lawa lagi nak suruh anak orang.. Hmmm oklah demi anak abah. Ayu pergilah jumpa balak. Jangan balik lambat pulak. Call abah kalau balak tu pandai buat macam-macam,'' gurau Haji Kasim bila melihat muncung Ayu. Takut-takut nanti sedepa muncungnya tu. Lagipun aku sudah tahu benar ni mesti nak jumpa balak Aril. Rindu kut.. Bisik Haji Kasim sendiri sambil tersenyum.

''Thanks abah...sayang abah..,'' lantas Ayu mencium pipi tua ayahnya dan berlenggok keluar dari bilik ayahya.

Setelah menelefon Aril sebentar tadi mereka akhirnya setuju untuk berjumpa di sebuah restoran berdekatan dengan pejabat ayah Ayu. Malas nak pandu jauh-jauh nanti kalau pandu dalam keadaan tengah hot takut-takut emosi yang jadi pemandu. Tak kah naya tu!

Setelah sampai Ayu memakir kereta Honda nya di sisi 'Restoran Hajah Napisah dan anak-anak' antara restoran makan kegemaran Ayu untuk melayan liurnya. Masakan yang disediakan sedap belaka dan harganya berpatutan. kalau sehari tidak terpacak dekat restoran itu akibatnya boleh meleleh liur. Bukan sahaja Ayu yang sering bertandang ke sana malahan hampir keseluruhan penduduk tetap yang bekerja di pejabat ayahnya juga selalu melunaskan perut yang lapar di sana. Lebih-lebih lagi restoran makan itu dikendalikan sendiri oleh keluarga Hajah Napisah yang semuanya peramah dan cepat mesra tak hairanlah restoran itu tidak pernah sunyi. Ada saja cerita sensasi sampai yang tak sensasi pun diperjajakan. Bukan apa saja nak menghidupkan suasana. Seluruh isi restoran tau cerita kan best!

Memang benar. Ketika Ayu melangkah masuk sudah kelihatan pelanggan tetap restoran itu dan kedengaran juga mereka berbual-bual mesra antara satu sama lain. Ayu yang kurang berminat untuk turut sama berbual terus mengambil tempat duduk yang sedikit terpencil. Bukan tidak mahu berbual sama tapi tidak berminat. Ayu cuma ingin menunggu ketibaan putera rajanya.

''Ayu...sorry lah lambat sikit.. bukan senang nak cari parking dekat restoran ni. Siap pusing tujuh keliling. Tawaf tak berihramlah Aril," Aril terus membuka mulut sambil melabuhkan punggungnya di ataskerusi kuyu yang berkusyen biru tua itu. Tepat di hadapan Ayu.

"Tidak mengapa..Ayu paham tadi nasiblah masa Ayu sampai ada kereta yang nak keluar kalau tidak Ayu pun samalah macam Aril juga. Tawaf tidak berihram," balas Ayu sambil tergelak kecil. Sebenarnya cuba untuk menyembunyikan kegusaran hatinya. Sabar Ayu..tarik nafas dalam-dalam.. dan hembuskan...

Setelah memesan beberapa jenis makanan mereka terus berbual panjang. Maklumlah sudah hampir dua mingu tak jumpa. Call pun tak. Ha inilah waktunya untuk melepaskan rindu resah yang sudah bermukim didalam hati masing-masing. Hmm masing-masing?

Aril rindu ke dekat Ayu atau...

"Jemputlah makar Ayo, Aril..ha Aril dah dua minggu tidak timbul-timbul Aril pergi mana?," soal Hajah Napisah kepada Aril setelah selesai meletakkan makanan yang dipesan oleh Aril dan Ayu.

"Tidak pergi mana-mana Kak Jah...cuma sibuk sikit. Tidak ada masa nak singgah sini. Ni barulah kurang sikit kerja kak," balas Aril membela diri sambil matanya sesekali menatap wajah manis di hadapannya.

"Ha! Sibuk kerja ke sibuk berkepit dengan perempuan lain..." sempat hati kecil Ayu berbisik. "eloklah tu ada juga teman si Ayu ni ha.. dua minggu ni Kak Jah tengok asyik makan dengan Midah dan Aisyah saja.. kesian pulak Kak Jah tengok muka Ayu ni...asyik ingat buah hati je waktu makan," panjang lebar Hajah Napisah menceritakan babak lakonan Ayu ketika ketiadaan Aril di sampingnya.

" Macam-macamlah Kak Jah ni..mana ada...," tersekat-sekat suara Ayu ketika menidakkan penerangan panjang lebar dari Hajah Napisah. Malu lah tu...

"Alamak..Kak Jah ni kacau daun lah pulak.. panjang cerita kita ya.. mengamuklah nanti pelanggan Kak Jah tu ha...kalau macam tu Kak Jah pergi dululah..elok-elok makan fu.. awas tercekik!," sempat lagi Hajah Napisah meninggalkan sindiran nipis sebelum berlalu meninggalkan pasangan kekasih yang entah bila hendak kahwin nya. Bertunang bukan main lama.

"Ha Ayu..apa yang Ayu nak bincangkan ni. Ada masaalah ke?," soal Aril setelah menyudahkan suapannya yang ketiga.

"Tidak adalah penting sangat. Tapi important..," aik penting dan important tak sama ke..ah hentam sajalah.

"Sebenarnya macam ni.. Ayu tak nak besarkan perkara yang kecil. Ayu pun bukan juga nak cemburu membabi buta..."

"Sebenarnya Ayu nak tanya siapa dengan Aril keluar hari tu..siap berkepit-kepit macam tak ingat dunia," suara Ayu semakin mengendur dan cuba beranikan diri untuk menikam anak mata Aril dengan setajam panahan mata kecil yang menyepet itu.

" Perempuan mana pulak ni...Ayu salah orang tak?," soal Aril kembali.Dah habis modal lah tu. Sampai tak tau nak cakap apa.

Hai kita tanya dia, dia tanya kita balik. Siapa yang nak jawab dulu ni.

"Er..er..sebenarnya itu....," Aril tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya menghirup orange juicenya yang masih bersisa. Sebenarnya dia sedikit terkejut bila melihat wajah Ayu yang semakin kelat. Kalau dapat dimakan tentu macam pisang mentah! Tapi sebenarnya wajah di depannya itu tetap tenang saja. Mungkin perasaannya saja kut…

"Itu sepupu Aril yang baru balik overseas... dia ajak Aril untuk temankan dia membeli-belah."

Aril cuba menyejukkan hati tunangnya yang mungkin sedang ingin meledakkan lahar api amarah dihatinya. Meskipun wajah itu sebenarnya sering kelihatan tenang sahaja. Ya lah. jangan sangka yang tenang itu tidak akan berkocak.

"Tapi takkan sampai siap berpegangan tangan. Sepupu awak tu baru masuk usia lima tahun ke. Ya lah baru balik overseas takut tersesat pulak ya," suara Ayu masih lembut seayu orangnya. Wajahnya juga masih tenang seperti biasa tapi...setiap ayat yang terpacul keluar dari bibir munggilnya bukan main pedas.. kalau kena mata tentu buta!

Aril yang sedang menyudahkan suapan yang terakhir hampir tersedak mendengar ayat-ayat yang terasa amat keramat ditelinganya. Cepat-cepat dia menghabisnya orange juice yang sedikit manis itu semanis wajah tunang tercinta yang duduk di hadapannya. Cinta ke? Aril sudah arif dengan fiil tunangnya itu hanya ayat-ayat yang dipertuturkan saja dia boleh membezakan sama ada Ayu tengah marah atau tidak. Selebihnya memang tidak boleh bertindak memberikan amaran. Wajahnya yang selamba dan bersahaja memang sukar ditafsirkan. Kalau marah berapi-api pun riak di wajahnya tidak berubah sedikitpun. Untunglah aku...walaupun hampir seratus pelanggan yang silih berganti keluar masuk di restoran ini. seorang pun tidak mengendahkan pertarungan bicara antara kami berdua. Bertuah badan..sempat Aril berceloteh pendek di dalam hatinya.

"Ha kenapa diam..kalau Aril dah tak sayang dengan hubungan kita. Ayu tak boleh buat apa. Ayu serahkan saja kepada Aril untuk buat keputusan. Segala surat-menyurat tidak diterima jauh sekali bunga-bunga semahal harga sebuah banglo pun akan direject!," sekali lagi Ayu menghumbankan sebaris ayat yang menikam jiwa Aril. Kalau kena lagi sekali alamatnya matilah aku dekat restoran 'Hajah Napisah dan anak-anak'. Tak sempat kahwin aku dibuat Ayu ni. jangan kan Ayu aku tak dapat Wena pun aku tak dapat sekali. Alahai rugi aku!. ujar Aril di dalam hati sambil meleretkan senyumnya. Sah macam kera sumbang!

Ayu yang sudah tidak dapat menahan marahnya terus berlalu meninggalkan Aril termangu-mangu dan terus menghadap kaunter untuk melunaskan bayarannya. Tengok..nak bayar bil pun beratur macam nak order makan gamatnya. nasib tak sampai berbaris keluar restoran kalau tak aku dah pecut ni. Alamak nak pecut? Maknanya tak payah bayar? Er... tak larat lah aku. dah lah nanti tunang tak dapat nanti tak pasal-pasal pulak aku berumah dalam penjara. eysh....taubat-taubat! control sikit marah tu Ayu. Nanti qada ya...akhirnya Ayu tersenyum sendiri meskipun sekelumit rasa kecewa masih bergayut dijiwa.

Setelah selesai melunaskan bayaran Ayu bergegas keluar dari restoran tersebut sebelum sempat dikejar oleh Aril yang masih ketinggalan dalam berisan yang kelima daripada belakang Ayu sebentar tadi. Ha tak pasal-pasalnya aku main kejar-kejar dengan monyet kesayangan aku tu. Alahai Ayu..tak baik tau kutuk tunang sendiri. Yalah dikutuk! tak kan disanjung-sanjung, puji-puji pulak perangai buruk macam tu. Ayu berperang dengan perasaannya sendiri solah-olah sedang bedebat dengan seseorang.

Ayu yang sempat melarikan diri dari Aril terus memecut keretanya kembali pulang ke pejabat untuk menyiapkan sedikit lagi kerja yang tertunggak. Setibanya melangkah masuk ke ruangan pejabat telefon bimbitnya bersuara nyaring menunjukkan ada mesej masuk. Ayu yang sebenarnya sedikit terkejut terus membelek beg kecilnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk membaca mesej yang tidak diketahui daripada siapa. Tapi setelah membuka peti mesej tahulah sudah dirinya. Mesej itu dari tunangnya Aril. Yalah surat-surat menyurat tak diterima tapi mesej tetap terima.Lupa pulak nak pesan tadi.

Ayu..Aril minta maaf... dia tu benar-benar sepupu Aril. Semua tu salah faham saia. Dia aja yang menggedek! Nanti malam Aril jemput ya. Kita keluar. O.k bye sayang I love you.

Setelah membaca mesej dari tunangnya itu hati Ayu sedikit sejuk. Sedikit saja belum sejuk seluruhnya. Apa pun yang terjadi Ayu perlu bergegas masuk kebiliknya nanti kerja tak siap adalah mulut yang bising membebel. Maklumlah projek besar. Kalau tak siap mahu mampus nanti. Ayu tersenyum simpul ketika melintas di hadapan rakan-rakan yang lain sebelum masuk ke perut bilik ayahnya. Midah dan Aisyah pula sempat berpandangan antara satu sama lain sebelum meneruskan kembali kerja yang bersisa. Mereka sedikit pelik melihat senyuman Ayu tapi malas hendak menegur kalau tak tentu pen yang di tangan berlimpang malas di atas kertas-kertas kerja kalau dilayan sangat untuk berbual.Bukan berbual pendek tapi panjang berjela-jela. Sudahnya nanti kerja juga yang tak siap.

Jam menunjukkan pukul 5 petang, Waktu pejabat pun berakhir dan masing-masing sibuk mengemas barang lalu beransur-ansur para pekerja meninggalkan perkarangan pejabat kecuali beberapa orang sekuriti. Ada yang balik menggunakan bas. Ada juga yang menggunakan taxi. Tidak kurang jnga yang balik diambil suami bagi perempuan yang sudah berkahwin dan ada pula segelintir pekerja yang berjalan kaki. Maklumlah ada yang tinggal menetap tidak jauh dari pejabat. Ayu juga seperti pekerja-pekerja yang lain terus pergi ke tempat letak kereta. Dia memegamg segugus anak kunci dan apabila dia sudah pasti anak kunci kereta yang dipegangnya terus dia memasukkan kepada lubang kecil di tepi tingkap pintu kereta. Apapun dia mesti segera meninggalkan pejabat dan terus pulang kerumah kerana mengingatkan dia ada temu janji dengan tunang kesayangannya Aril. Sepanjang pemanduannya sekali lagi dia diusik untuk memikirkan hubunganya dengan Aril. Apakah malam ini semuanya akan kembali seperti sedia kala atau malam ini kali terakhir Ayu menjadi tunang Aril. Entah Ayu sendiri tidak dapat mengesahkan. Biarlah malam nanti yang menjadi penentu bagi hubungan Ayu dengan Aril. Pastinya tidak lama lagi malam akan berlabuh dan kegelapan pula akan datang melamar.

Seteleh sampai di pekarangan rumah Ayu bergegas masuk ke dalam rumah. Dalam fikirannya hanya ada makan, mandi, solat dan terus bersiap untuk bertemu dengan Aril.Yang lain-lain sudah tidak ada dalam kotak fikirannya, biarlah apa pun yang terjadi Ayu tidak peduli dan tidak akan ambil peduli. Setelah selasai mengisi perut dengan masakan lazat ibunya iaitu sayur kangkung goreng ditumis dengan sedikit belacan, ikan patin masak merah serta sedikit ikan gulama masak tempoyak. Ayu memang keberatan untuk meninggalkan masakan lazat ibunya tetapi Ayu teringat lagi temu janjinya dengan Aril, Ayu hanya makan sedikit saja. Kalau nanti sama Aril dia tidak punya selera dia akan mengisi tong perutnya yang kecil dengan masakan ibunya yang ditinggalkan. Biar ibu tahu masakkan ibu malam itu sunguh menyelerakan. Hmm meyelerakan atau saja nak buang stress? Entah...tak pasti. sempat Ayu menjungkitkan bahunya sebelum keluar dari dapur.

"Hai cepat Ayu makan..tak larat nak makan ke diet?," soal Hj. Kasim apabila melihat Ayu keluar dari dapur tidak sampai lima minit. Selalunya lima puluh minit pun dia tahan duduk dekat dapur.

"Bukan tak larat abah..Ayu nak keluar dengan Aril kejap lagi nanti tak muat pula perut ni ha..," balas Ayu sambil mengusap lembut perut kempisnya. Hairan, makan bukan main berlambak-lambak tapi badan maintain kecil saja. Makan nasi ke makan hati?

"Oh. Patutlah...kalau macam tu pergilah naik cepat. Jangan lama-lama bersiap nanti lama pula Aril tunggu," sempat Hj. Kasim berpesan pada anak tunggalnya.

Ayu terus menapak satu persatu anak tangga hingga sampai ketingkat atas dan terus menuju kedalam biliknya. Sesekali kedeng aran orang tuanya berbual ditingkat bawah. Tentu ibunya baru selesai solat. Tadi ketika keluar dari dapur tak nampak pun batang hidungnya. Ayu yang kelihatan semacam keletihan berjalan sedikit longlai dan menuju ke kamar mandi untuk menyegarkan kembali tubuh yang nampak sedikit lesu. Sambil mandi sempat pula Ayu bernyanyi kecil. Haa belum lagi ambil uji bakat memasak. Ni nak masuk uji bakat menyanyi lah pulak. Tapi tak pasti pulak dia nyanyi apa dan untuk apa. Apakah untuk menghiburkan hati atau...

Tiba-tiba pintu bilik Ayu diketuk kejap. Ayu yang cepat mendengar terus berucap. "Ya..kenapa? Ayu tengah mandi ni ha!" sedikit terjerit suara Ayu apabila merasakan airpancut lebih bersuara nyaring.

"Ni ha...Aril dah tunggu kat bawah..cepat lah bersiap tu. Tak baik buat orang tunggu-tunggu," suara Hjh. Fatimah kedengaran sayup-sayup ditelan suara air pancut yang seakan-akan sengaja berteriak nyaring. Seolah-olah ingin menyatakan bahawa dia tengah memandikan tuannya. Namun pun begitu suara Hjh. Fatimah sampai kependengaran Ayu.Ayu terus mematikan air pancut dan bergegas keluar untuk bersiap. Sebelum itu terlebih dahulu dilunaskan satu tanggungjawab yang wajib. Setelah selesai solat asar dan berdoa, Ayu bingkas dari sejadahnya dan meluru ketempat almari bajunya. Ayu tidak mengambil masa yangterlalu lama untuk memilih baju yang sesuai. Cukup sekadar mengenakan blaus merah jambu panjang hingga ke buku lali dan berlengan panjang. Bibir tipisnya pula tiba-tiba melukiskan sebuah senyuman bila mengingatkan itulah baju hadiah ulang tahun yang ke-23 dari tunang Aril baru-baru ini. setelah mengenakan sehelai tudung yang selari dengan warna blausnya dan mengenakan sedikit solekan tipis. Ayu berdiri mahu keluar dari kamar tidurnya. Pastinya ingin cepat keluar berhadapan dengan tunangnya Aril. Tapi sebelum membuka tombol pintu. Ayu terpandang sebuah Al-Qur'an yang sering dibacanya di satu sudut tempatnya bersembahyang. Apakah malam ini Al-Qur'an itu akan menenemani malamnya? Apakah Al-Qur'an itu akan meredakan resahnya seandainya ini malam terakhir dengan Aril. Entah...hati Ayu tiba-tiba sayu namun dikuatkan hatinya untuk keluar bertemu Aril. Mungkin sudah sebaldi air liur Aril tumpah untuk berbual dengan orang tuanya.hmm campur air liur orang tuanya cukup tiga baldi! Buat simbah api tentu boleh padam.

"Wah cantik Ayu malam ni," puji Aril sejurus melihat Ayu yang telah tiba sampai keruangan tamu. Entah puji ikhlas kepuji saja-saja tu. Maklum lah depan bakal mertua. Aik bakal..entah j adi entah tidak.

"Banyaklah Aril punya cantik. Jomlah kita keluar nanti lewat pulak baliknya. Tak pasal-pasal mak dan abah susah payah nak hubungi pihak polis buat laporan. Anak gadisnya diculik tunang sendiri," berjela-jela Ayu berhujah sambil memandang kedua orang tuanya yang juga turut sama memandang keatasnya dengan secalit senyuman mesra.

"Alahai Ayu... mak tak kisah pun. Kalau Aril culik pun tak pe. Boleh kahwin cepat kan bang" Hjh. Fatimah membalas omelan Ayu sambil menepuk lembut paha suaminya yang dilapiki dengan kain pelikat.

"Ha ah dapat cucu pun cepat!," seloroh Hj. Kasim pula membuatkan Ayu membesarkan matanya. tanda proteslah tu.

"Er..kalau macam tu kami pergi dulu lah," Aril mengambil kesempatan bersuara untuk meminta diri. Kalau dibiar sampai tak jadi keluar jawabnya.

Setelah mencium tangan Hj. Kasim dan isterinya Hjh. Fatimah kedua pasangan itu pun melangkah keluar dan masuk ke perut kereta Aril. Cadang Aril malam itu mahu membawa Ayu jauh dari pandangan orang ramai. Dia tahu malam ini mungkin malam berduka buat Ayu. Meskipun sukar untuk membuat keputusan tapi dia sedar kalau pun diteruskan hubungan itu tak kan lari kemana. Awal dan akhir pastinya akan terlerai jua. Bukan Aril tidak sayang dengan hubungan itu. Malah Aril juga cukup sedih untuk menyuarakannya. Bukan tidak cinta pada Ayu tapi dia terlalu mencintai tunangnya itu lebih dari segalanya. Lagipun ikatan pertunangan itu adalah daripada dua hati yang sarat dengan cinta. Tapi malam ini semuanya akan berakhir. Entah bagaimana Ayu esok. Bagaimana dirinya. Dia sendiri belum dapat memastikan. Kerana esok belum menampakkan sinarnya.

Memang malam itu sepanjang pejalanan menuju kedestinasi yang dituju merpati dua sejoli itu tidak banyak berbual. Mungkin masing-masing mahu melayan perasaan. Ayu dengan sejuta macam soalan. Manakala Aril mencari sejuta cara yang terbaik untuk meleraikan ikatan perfunangan yang sudah terjalin hampir tiga tahun itu. Bukannya satu jangka waktu yang singkat. Terlalu banyak kenangan yang terlukis. Berbagai macam bentuk rupa kenangan yang telah disulam. Baik yang manis mahupun sebaliknya. Sungguh sebak rasa hati. Tapi untuk satu permintaan yang tidak dapat ditolak. Aril terpaksa jua. Aril sendiri tidak akan menyatakan sebab sebenar kenapa perfunangan ini harus di akhiri. Biarlah Ayu terkapai-kapai mencari jawapannya. Bukan hendak bertindak kejam tapi sekadar ingin menjaga hati Ayu dan tidak mahu Ayu merasa terluka. Aril juga semacam rasa tersepit kerana menghormati keputusan orang disayang perasaan orang dicinta terpaksa digores. Inikah namanya dugaan. Pasrahkan saja kepada Tuhan yang menentukan. Tapi dapat kah Ayu menerima keputusan ini. Keputusan yang mungkin tidak pemah dirangka dalam benaknya.

Entah...ku harap semuanya akan disambut Ayu dengan tabah. Semoga...sempat Aril berdoa sebelum keluar dari keratanya.

"Ayu...jom kita makan. Lepas tu kita pergi taman kat hujung tu. Tengok bintang berkelipan didada langit. Ayu suka bintang kan?," soal Aril seolah menyoal seorang budak kecil berusia empat tahun. Sebenarnya sebak didada yang cuba ditahan tiada yang tahu. Mungkin inilah malam terakhir bersama Ayu kerna tidak lama lagi dia akan bertunang dengan orang lain pula. Ya bertunang...

Ayu pula seakan budak kecil mangangguk kepala perlahan seolah termakan pujuk seorang ayah. Ayu sebenarnya dipalit rasa hairan. Kenapa ganjil perilaku Aril. Kenapa semacam terlalu memanjakan dirinya. Kenapa begitu sayu pandangannya dan mengapa terlalu dingin tangan Aril yang memegang kejap tangan kecilnya. Terlalu banyak pertanyaan mengapa berlayar di kolam fikiran Ayu. Mungkin ditaman hujung sana bakal menjawab segala soalan mengapa Ayu. Mungkin... hati Ayu seakan berharap.

Menghadap hidangan ala-ala turki pilihan kegemaran Aril itu seolah berada didalam gua yang penuh dengan kesepian Cuma terdengar gesekkan violin yang dimainkan oleh seorang pemain viola yang cantik jelita. Manis orangnya dan sepet matanya persis mata Ayu. Tapi bunyi gesekkan viola ifu seakan bunyi burung merbuk yang bernyanyi nun jauh didalam hutan. Masing-masing Aril dan Ayu tidak banyak bicara sesakali sama-sama menikam anak mata seolah-olah memberi kekuatan untuk bertahan diam didalam gua yang penuh dengan kebisuan dan kegelapan itu. Jadah apakah renungan itu seolah renungan itu sampai menikam dinding hati yang seakan roboh ini. memang hati Ayu ketika itu seakan lemah kerna terlalu lemas untuk terus duduk dihadapan Aril. Ayu yang sudah tidak tahan dengan renungan berbisa itu lantas bangun dan meninggalkan Aril sendirian. Ayu mengatur langkah kehujung taman seolah mahu mendengar suara Aril yang semenjak tadi membisu. Aril pula segera melunaskan bayaran dan bergegas mendekati Ayu yang sudah duduk menyandarkan tubuhnya pada kerusi panjang dekat dengan pasu bunga orkid yang besar itu. Kalau Ayu bersembunyi dibalik pasu itu memang langsung tidak boleh dikesan. Kerana pasu itu tersangat sangat besar bunganya juga cantik secantik Ayu Ah.lantak lah dengan pasu dan bunga-bunganya sekali yang penting hati Ayu. Tapi akan kah kuat hati Ayu mendengar keputusan ini. . .

"Ayu..." lembut suara Aril masuk menyeludup ke kuping Ayu dan Ayu seakan terpesoana dengan suara itu terus memandang wajah orang yang menyebut namanya dengan selembut suara itu. Dan bila anak matanya meratah wajah putih bersih milik Aril seakan ada rasa sebak mengitari hati perempuannya. Apakah semua ini. Ayu kurang pasti.

"Ada benda yang Aril nak Ayu tahu..,." Aril terus bersuara bila melihat Ayu seakan tenganga.

"Debuk!" sepantas kilat dirasakan Ayu seolah ada beban batu berat menghempap hatinya. Dan jantungnya tiba-tiba dipalu dengan serancak debaran. Seolah mengerti apa maksud bicara Aril. Seolah tahu apa yang hendak disampaikan oleh Aril. Tapi mengapa mesti hari ini. saat diri ini masihperlu akan kasih sayang dari seorang tunang yang dicintai sepenuh hati. Tapi tunggu dulu. Mungkin ada perkara lain yang hendak disampaikannya. Jangan cepat membuat spekulasi. Ayu membentangkan kekuatan buat sekecil hatinya. Memberi sedikit ruang buatnya bernafas lega.

"Aril pertama sekali nak minta maaf.. tak kira lah secara sengaja mahupun sebaliknya.Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aril benar-benar minta maaf. Aril harap Ayu tidak simpan dalam hati," Aril memulakan ucapan nya dengan memohon kemaafan namun jauh disudut hati masih ada rasa gusar yang menganggu gugat kedamaian jiwanya.

"Tak apa lah Aril. Ayu maafkan. Ayu tak pernah simpan dalam hati pun. Sepatutnya Ayu lah yang harus memohon maaf kalau Aril merasa bersalah pasal petang tadi. Maaf kalau Ayu mencurigai kesetiaan Aril," balas Ayu sambil menikam anak mata Aril dengan segenap pandangan yang dirasakan semakin sayu. Perasaan apakah ini. mengapa aku pula yang nak minta maaf sedangkan aku belum dapat kepastian tentang hubungan nya dengan perempuan yang mak jumpa semalam. Apakah aku akan selalu sedia memaafkan kesilapan Aril hanya kerana sekeping cinta. Mengapa aku lemah kerana cinta padanya... Ayu sedarkerunsingan semakin berani menular untuk melumpuhkan akal fikirannya.

"Tak..tak Ayu tak pernah buat salah pun. Ayu memang wanita yang terpilih untuk mengisi ruang hati Aril. Ayu sudah menepati 99% ciri-ciri wanita pilihan Aril. Tinggal 1% lagi kerna Ayu belum kahwin dengan Aril," Aril pula menumpahkan seteguh keyakinan buat Ayu agar tidak melihat dirinya rendah untuk berdiri dimata Aril.

Ayu yang mendengar pengakuan Aril terlopong seketika. Apakah malam ini Aril akan melamarnya untuk menjadikan suri hidupnya. Tapi kenapa mesti meminta maaf. Kenapa tidak melamarnya sebelum keluar makan. Kan bagus depan mak dan abah. Kenapa mesti di sini ditempat tidak ramai orang yang mendengar berita yang boleh menggembirakan hatinya. Apakah Aril melihat tempat ini sebuah tempat yang paling romantis untuk melamarnya menjadi seorang isteri. Kalau dilihat tempat ini dengan bersungguh-sunguh tempat ini bukan sesuai untuk dijadikan saksi ketika sesi pelamaran berlaku tapi tempat ini lebih sesuai untuk orang-orang yang putus cinta. Kan tak ramai orang jadi boleh lah nangis sepuas-puasnya. Hah!!! Putus? Apakah Aril hendak memutuskan hubungan ini. apakah aku yang akan menangis? Tidak ..dan tiba-tiba kolam mata Ayu terasa seakan mahu pecah. Tahan dan tahan... namun gagal mutiara jernih yang tadinya Cuma bermain ditubir mata kini sudah mengalir hangat dan turun membasahi pipi. Memang benar dia yang akan menangis dan
telah pun menangis.

Aril yang sedari tadi bisu kini membuat mimik muka terkejut apa tidak nya belum lagi diberitahu hal yang sebenar Ayu sudah menangis sedih. Apakah Ayu sudah dapat menebak apa yang ada dikamar hati ini. apakah dia tidak bersedia. Mana nak sedia..dalam keadaan yang mengejut seperti ini. kalau aku pun. Aku terkejut tak pun lenyap terus! Tapi ini benar-benar pelik. Aku belum beritahu lagi tapi dia sudah awal menangis. Aku tahu ini bukan tangisan minta simpati tapi yang sedang aku lihat ini adalah air mata sedih. Aw maafkan Aril. Aril terpaksa...

Malam ini adalah malam bisu sedunia bagi mereka berdua. seolah mereka sedang berbicara melalui hati. Tidak pernah mereka melalui malam yang paling sepi itu berdua. Tapi melihat Ayu yang semakin asyik melayan tangisnya membuatkan Aril serba tidak kena. Rasa bersalah yang paling banyak bersarang didalam hatinya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia juga turut merasa sebak melihat sejernih air mata Ayu yang menitis kepipi. Aril menyapu air mata yang bergayut ditubir mata sepet Ayu dengan jari nya. Di lurutnya dengan lembut seraya berkata.

"Ayu maafkan Aril... Aril memang cintakan Ayu tapi Aril terpaksa buat satu keputusun bahawa hubungan kita tidak dapat diteruskan lagi"

Hancur luluh hati Ayu mendengar penjelasan tergempar Aril. Sah dia tidak salah dengar.Jaraknya dengan Aril bukan bukan lima puluh batu tetapi terlalu dekat tak sampai pun lima inci. Memang Aril yang mengucapkannya. Bukan orang lain. Bukan jua khayalannya. Ayu tidak lagi mampu menyembunyikan tangisannya. Tangisan ini bukan tangisan meminta simpati tapi ini tangisan sebuah kesedihan yang teramat sangat. Sedih dantersangat sedih. Tidak disangka sama sekali kehilangan Aril selama dua minggu dan bertemu kembali pada petang tadi akan berakhir dengan babak setragis ini. air mata kesedihan pun turun laju bercucuran kepipi dan Aril yang terasa lemah melihat keadaan Ayu turut menitiskan air mata lelakinya. Akhirnya egonya sebagai seorang lelaki tumbang didepan perempuan yang teramat dicintainya. perempuan itu adalah tunangnya sendiri. Ooopz...tidak lagi tapi Cuma bekas tunang sahaja. Tidak lebih dan tidak akan pernah lebih dari itu. Tapi hati mana yang tidak hancur bila keputusan terpaksa dibuat tanpa persetujuan rasmidarinya apatah lagi hati Ayu tentu hancur lumat seperti daging cincang. Aril sendiri sedar dia telah melukakan hati perempuan yang dicintainya tapi terlajak kata tidak boleh diundur melainkan mengharup agar Ayu dapat menelan sepahit keyataan itu. Aril hanya mampu mendoakan kebahagiaan Ayu. Aril pasti perempuan sebaik dan secantik Ayu ini tetap ramai jejaka lain yang berkehendak. Meskipun berat rasa hati bukan saja berat malahan tidak hendak untuk melepaskan Ayu tetapi Aril terpaksa. Terpaksa...

"Ayu..kini antara kita sudah tidak adaapa-apalagi. Tapi saya harap kita masih dapat saling berkawan. Kalau boleh tidak ada bencrantarakita. Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Tapi kalau Ayu tidak dapat maafkan. Saya redha..kerana saya yang membuat keputusan ini. saya akan terima segalanya," hilang sudah nama Aril Cuma digantikan dengan saya. Memang terlalu formal seperti bicara dengan seorang kawan baru lagaknya.

Ayu masih diam tetap tidak bersuara walau sepatah pun. Ayu tidak tahu hendak bercakap apa. Seolah-seolah Ayu seorang pesalah yang malu untuk mengakui kesalahannya. Ayu bingung. Ayu sedih. Ayu pilu. semua macam perisa yang Ayu rasakan malam itu. Apa yang penting Ayu tidak akan bersuara untuk merayu dan Ayu seakan tidak peraaya orang yang duduk dihadapannya itu adalah Aril, tunangnya. Tidak..bukan tunang tapi bekas tunang. Ah kalau boleh rasanya hendak diputar kembali waktu yang telah berlalu ini. sepatutnya dia tidak mahu berjumpa dengan Aril malam ini.Biar lah berjumpa pada hari lain biar sampai Ayu bersedia untuk mendengar keputusan muktamad meskipun sebenarnya Ayu tidak pernah akan bersedia. Ataukah sebenarnya kalau malam ini mereka tidak berjumpa, Aril tidak akan memutuskan hubungan ini. apakah Aril benar-benar terasa hati. Sungguh beratkah kesalahan yang Ayu lakukan sampai kan Aril membuat keputusan diluar jangkaan ini. Sama sekali Ayu tidak pernah terfikir sejauh ini. tidak pernah. Mungkin Ayu terlalu m
berikan kepercayaan terhadap kesetiaan Aril yang tidak pernah teruji sedangkan hakikat sebenarnya Aril kini sedang mempersembahkan dirinya dengan secetik-cetik kesetiaan. Ah! Betapa sukar hendak dipercaya bahawa malam ini akan tinggal sebagai sejarah buat Ayu dan Aril. Malam 6th April 2007.

Sesungguhnya Ayu hanya mampu menangisi nasibnya. Menangis dan terus menangis dia tidak mahu nanti kepulangannya akan disambut dengan sejuta macam soalan yang tidak mampu untuk Ayu jawab. Ayu menghabiskan malamnya dengan air mata. Mungkin inilah pertama dan terakhir kalinya Ayu menangis di depan Aril. Mungkin! Kerna selepas ini entah bila hendak berjumpa lagi. Entah siapa pula akan berdiri menggantikan tempatnya nanti. Bukan saja dimata Aril malahan juga dihatinya. Apakah Ayu akan tersingkir habis dari hidup Aril seperti keluarnyapelajar Akedemi Fantasia. Atau mungkin kah Ayu berpeluang akan memiliki Aril kembali seandainya Ayu mampu meraih semula cinta Aril dan menjadi juara dihatinya seperti Mawi yang diserap masuk kembali kedalam konsert Akedemi Fantasiayang akhirnya membawa kejuaraan buatnya. Mungkinkah Ayu kan seperti Mawi. Ya Allah berikan lah aku kekuatan-Mu sesungguhnya kau jua yang Maha Mengetahui akan apayangterjadi ini. Ayu berdoa didalam hati bersama linangan air mata yang bisu sama bisu sepertinyakerna yang mampu bercakap ketika itu hanya hatinya. Ah sakit benar perasaan ini tiada mampu diucap dengan lidah. Apatah lagi bila mengenangkan banyak waktu yang telah diisikan bersama Aril. Esok akan adakah hari-hari yang pernah dilalui itu. Mungkin dengan lelaki lain? Ah tidak mungkin. aku bukan perempuan yang sesuka hati menukar cinta. Cinta bukan plaster pembalut luka. Mula-mula pakai satu. Lepas itu pakai satu lagi kerna luka lama belum berhenti. Ah tidak!!! Aku benar-benar menyayangi lelaki disamping ku ini. aku yakin ini bukan perasaan ku semata-mata.

"Ayu..." setelah lama membiarkan Ayu melayan perasaan sedihnya Aril bersuara memanggil sayu nama seoramg perempuan yang amat dicintainya.

"lepas ni..lepas apayangte{adi ini Ayu jangan lah buat perkara yarug tidak senonoh jangan buat perkara bodoh yang boleh membinasakan cita-cita Ayu. Masa masih terlalu panjang. Kalau ada jodoh yang kuat mungkin kita akan bersama kembali," Aril seakan menebarkan sebuah harapan yang belum pasti lagi.

Dan Ayu pula masih tertunduk lesu tidak mahu menatap wajah yang tampan itu. Itu bukan miliknya lagi. Itu mungkin akan jadi milik seorang wanita yang belum diketahui lagi.tunggu saja biar mas a yang menjawab segalanya. seandainya benar Aril cinta akan dirinya tidak mungkin Aril memutuskan pertunangan ini. tapi tidak apalah mungkin perpisahan ini sekadar untuk menguji kekuatan cinta nya. Andai sebenarnya Aril cinta akan diri ini Aril tidak akan mencari pengganti dan melupakanku dengan secepatnya. Tapi bagaimana kalau Aril cari wanita lain seba gai cara untuk melupakan aku. Ah tidak sanggup rasanya membayangkan drama yang belum dipertontonkan itu. Seandainya benar. Maka hancur berkecailah hati ini hancur berderai jadi seperhihan halus. Sakitnya nanti tidak tahu hendak dirawat dengan apa. Hendak cari ubat dimana. Apa yang penting dia cuma ada satu iaitu Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mungkin selama ini cintanya terhadap Maha pencipta masih belum teguh sehingga dia diuji sebegini.

Ah biarlah esok yang menentukan segalanya. Biar esok yang menjawab segala kekusutan ini. semoga perpisahan ini Aril akan bahagia dengan hidupnya. Biarlah Ayu tidak tahu akan sebab mengapa Aril tega untuk memutuskan hubungan ini. biarlah perpisahan ini dilabelkan dengan perpisahan misteri. Biarpun ada ruang untuk bertanya Ayu tidak akan meringankan lidahnya yang tidak berfulang itu untuk membantu mulutnya supaya mengeluarkan suara dan bertanya akan apakah sebab
musababnya. Biarlah... seandainya Aril bahagia dengan semua ini Ayu redha. Untuk kebahagiaan Aril apa salahnya berkorban. bukan kah cinta itu sering menagih
pengorbanan? Meskipun pengorbanan itu sendiri membuatkan dia merasa bahawa dia adalah korban dalam sesuci percintaan itu dan yang pastinya pengorbanan itu tidak akan pernah mendatangkan sebuah makna andainya tidak pernah dihargai. Tahukah Aril untuk menghargai pengorbanan ini. mungkin ya mungkin jua tidak. Biarlah hari esok yang mendatang merungkai segalanya. Ayu tidak mampu unfuk meneka kerana esok masih belum menampakkan sinarnya. Biarlah esok yang menjawab segala persoalan itu dan apa yang penting seandainya Aril akan berkahwin dengan orang lain dalam masa yangterdekat ini Ayu be{anji dengan dirinya sendiri tidak akan menghadiri majlis yangpenuh keramat itu. Tidak akan Ayu hadiri selagi cinta masih untuk seorang lelaki yang bernama Aril itu. Cuma sekalung doa Ayu kirimkan semoga perkahwinannya nanti itu akan kekal bahagia hingga keakhir hayat. Ayu tidak menyalahkan Aril atas apayang telah terjadi kerana Ayu redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin jua Aril ada sebab yang tersendiri mengapa semua ini terjadi.

Aril tidak mampu untuk menyatakan kenyataan bahawa dia akan menjadi tunangan orang. Bukan orang sebenarnya, tetapi keluarganya sendiri iaitu Wena. Nurin Jalina Bte Hj. Marsud, iaitu anak bongsu kepada adik ibunya. Wena baru saja balik dari luar Negara setelah dua tahun bertungkus lumus untuk mencapai cita-citanya didalam bidang architecture. Aril memang rapat dengan sepupunyayang satu itu kerana Wena adalah satu-satunya sepupu perempuan Aril yang lain semuanya lelaki. Tapi tidak pula disangka bahawa Wena yang satu itu akan menjadi isterinya. Sehingga Aril benar-benar tidak sanggup untuk menyatakan kebenaran itu kepada Ayu. Tindakkan memutuskan hubungan pertunangan itu sudah terlalu amat melukakan hati orang yang amat dicintainya apatah lagi kalau dia memberitahu Ayu bahawa dia akan dikahwinkan dengan orang lain. Orang yang tidak pernah dicintainya. Yang tidak pernah datang dalam mimpinya untuk dijadikan suri dalam hidupnya. Tapi yang paling tepat Aril sebenarnya malu untuk menyatakan kenyataan itu kerana itu menunjukkan bahawa dia adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai pendirian hidup sendiri. Segala keputusan masih juga di tentukan oleh orang tua walaupun dia sudah layak untuk membentuk sendiri corak hidupnya. Tetapi Aril yakin samaada awal atau akhir Ayu pasti akan tahu jua. Entah bagaimana rasa sakit hati Ayu yang terpaksa dirawat sendiri olehnya. Aril juga tidak tahu apayang akan dijawab nanti bila Aril datang kerumah Ayu untuk menyatakan hasrat untuk mengakhiri hubungannya dengan Ayu.Aril tidak dapat membayangkannya kerana Aril tidak pernah merasakannya. Sudah berkali-kali Aril membantah keputusan ibunya yang dianggapnya sudah ketelaluan benar itu. Sebab itulah dia tidak mahu berjumpa jauh sekali untuk menghubungi Ayu sejak dua minggu yang lalu. Bukan tidak mahu sebenarnya tapi dia tidak mahu Ayu dapat menghidu akan keremukkan hati dan jiwanya. Hatinya benar-benar galaumemikirkan hari perkahwinannya yang akan berlangsung kurang dari dua bulan ini. ketika ibu Ayu melihat Aril keluar dengan Wena itupun adalah untuk membelibarang hantaran. Aril kini tidak mampu menghalang keputusan ibunya yang berkeras untuk mengahwininya dengan Wena. Kalau boleh Aril tidak mahu kehilangankedua-duanya. Dia masih mahu ibunya dan dalam masa yang sama dia juga mahu hidup bersama orang yang amat dicintainya iaitu Nur Arissa Ayuni. tapi itu Cuma kalau, kerana segalanya telah hancur ditangan ibunya. Hancur!

Apapun Aril tidak pula sanggup untuk menderhaka kepada ibunya. Dia tahu Ayu menderita tapi tanpa Ayu sedari Aril juga menanggung penderitaan yang teramat dalam. Tidak mampu dibayangkan hidupnya nanti bersama orang yang tidak pernah dicintainya itu. Namun Aril sudah tidak mampu untuk memikirkan sebarang jalan untuk membatalkan perkahwinannya. Mungkin jodohnya dengan Ayu. Cuma setakat tiga tahun sahaja. Tidak lebih dari itu. Walaupun terlalu sedih tetapi Aril terpaksa. Ya terpaksa itulah perkataan yang amat sesuai. Cuma jauh disudut hati Aril berharap agar nanti perkahwinan yang dirancang oleh orang tuanya itu biarlah sentiasa bahagia dan kekal hingga keakhir hayat dan semoga Ayu yang amat dicintainya itu akan bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang tahu mencintai dirinya. Aril juga sama seperti Ayu yang menyerahkan apa yang terjadi ini pada hari esok. Dia juga belum tahu apa yang terjadi
pada esok hari kerana asok belum lagi menampakkan sinarnya.

Last modified on
Lebih dalam kategori ini: « Pergi tidak kembali 3ie »

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel