A+ A A-

Berjoging

Rate this item
(0 votes)

CERPEN ISNIN 25042016 BERJOGINGCUACA cerah sekali. Matahari pagi memancar dengan gagahnya. Cikgu Budin dengan semangat kesukanannya sedang memasang kasut jogingnya. Pagi ini dia akan berjoging. Sudah sekian lama dia tidak berjoging, padahal joging itu salah satu aktiviti kegemarannya sejak dia masih di bangku sekolah lagi.

Sebaik sahaja selesai memasang kasutnya itu, Cikgu Budin terus melangkah keluar, menuju ke kereta sportnya yang terletak di dalam garaj. Sedang beberapa minit, kereta itu dipandunya perlahan-lahan menuju ke jalan raya. Kira-kira 20 minit kemudian, dia pun sampai ke destinasi yang dimaksudkan. Sebuah taman rekreasi yang cukup indah, lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan oleh sebuah taman yang standard.

Memang setiap pagi dan petang, taman ini tidak akan kesunyian dari para pengunjung, termasuk para pelancong asing dan tempatan. Setiap pagi kita dapat melihat berbagai-bagai para pelancong asing dan tempatan. Setiap pagi kita dapat melihat berbagai-bagai lapisan masyarakat mengunjungi tempat ini untuk beriadah mahupun berjoging. Dari peringkat anak kecil hinggalah ke peringkat warga emas. Mereka datang dengan tujuan masing-masing, seperti strolling, joging, hiking, jungle trekking ataupun sekadar duduk bersiar-siar sambil menikmati panorama taman. Jumlah pengunjung ini biasanya semakin meningkat pada waktu hari-hati tidak bekerja seperti hari Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam yang lain.

''Ih saurang sajakah?''

Tiba-tiba seseorang menyapa Cikgu Budin dari kanan belakangnya. Cikgu Budin berlari agak perlahan. Lariannya masih dalam kategori tengah memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan itu penting sebelum melakukan larian yang sepenuhnya. Cikgu Budin menoleh ke kanan untuk mempastikan siapakah yang menyapanya itu tadi.

''Ih Cigu Momin, ku fikirtah urang lain tadi. Awu saurang saja. Kalau usulnya ok nanti, barutah ku mambawa familiku ka mari. Lagipun baru jua ku marasai juging di sini ani, sabatah ia diubah suai atu. Salalunya aku juging di Padang Kebajikan, di Bukit Shahbandar, dan jua sakali-sakala di Persiaran Damuan,'' jelas Cikgu Budin.

Menurut Cikgu Momin memang ia selalu berjoging di situ. Hampir setiap pagi Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan yang lain, orang yang mengenalinya selalu melihatnya joging di sini. Rumah Cikgu Momin dekat dengan taman ini, bahkan taman ini sendiri termasuk dalam lingkungan kampungnya. Ini satu advantage buat Cikgu Momin. Tetapi bagi Cikgu Budin tidak begitu. Baginya kalau tidak kerana kesihatan mungkin ia tidak akan ke situ. Alasannya, bukan kerja jauh dari rumah, tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana sepertinya, ia membebankannya. Apa tidaknya jika selalu ke sana, ia memerlukan perbelanjaan khususnya, minyak kereta. Ini tidak termasuk masa yang terbuang, yang boleh diisi dengan aktiviti lain yang tidak kurang faedahnya. Tetapi kerana ingatkan kesihatan maka Cikgu Budin datang juga di taman ini.

''Ah miatu, Aku tadi ramai. Kuncu-kuncuku samuanya ikut. Tapi bisdia bajalan kaki saja. kalau kan bajuging, karang ada yang batinggalan. Katungkalan pun ada jua tu, tarutamanya bila sampai arah turun naik bukit atu. Lagi satu, bila malam karang mungkin ada yang maraung sakit batis. Si Boboi, anakku yang bungsu atu, ikut jua tu, inda mau tinggal. Mama pun ikut jua walaupun lututnya inda barapa steady. Jadi gayanya kami ani banar-banar sakaluarga ani. Inda kanapa, jugingkah, bajalan kakikah, dua-duanya sama baik untuk kasihatan,'' jelas Cikgu Momin.

Memang kawasan taman itu kawasan yang berbukit-bukau. Amat sesuai bagi ahli sukan untuk berlatih membina stamina. Bagi yang bukan ahli sukan, juga baik untuk menguatkan otot-otot anggota badan seperti otot di kaki, paha, jantung dan sebagainya.

''Bukan jua, lain pulang patanyaanku. Di mana kita mangajar masa ani?,'' tanya Cikgu Momin pendek.

''Aku diparbantukan mangajar di sakulah swasta di Jerudong. Sudah ampat tahun labih ku mangajar di sana,'' jawab Cikgu Budin.

''Siukkah mangajar di sana?'' tanya Cikgu Momin lagi.

''Kalau dijawab pasal siuk atu, inda kitani sabagai guru, di mana-manapun karaja sama jua jinis karajanya. hari-hari badapan dangan anak murid yang barmacam-macam karinah. Atu baru murid, balum lagi ibu bapa dan panjaganya. Sakulah zaman sakarang ani bukan lagi macam dulu. Siuk atau inda atu tagantung pada banyak faktor. Jadi ada kalanya siuk ada jua mambosankan. Aku rasa kitani macam ruda, apabila di atas, sudah pasti siuk, tapi bila di bawah, bah macam-macam tah halnya tu,'' jelas Cikgu Budin.

''Awu, atu banar tu cikgu. Kitani jadi cikgu sakulah bukan macam karaja-karaja lain. Orang nampak saja sanang. Tapi mun dikupas banar-banar, antah mungkin karaja kitani ani tah paling barat. Parlu ada rasa kasabaran, kaprithatinan, salain dari sifat didikasi, disiplin dan pristasi karaja yang tinggi, Kitani parlu manguasai ilmu kamasyarakatan yang baik, sabab kitani bardapan dangan masyarakat yakni ibu bapa murid, dan juga murid atu sandiri sabagai masyarakat palapis masa dapan kitani,'' terang Cikgu Momin lagi.

''Mungkin inda salah kalau dikatakan karaja kita ani labih barat dari satangah-satangah karaja kontrik. Cuntuhnya kalau karaja kontrik, bila you rasa ngalih atau inda nyaman badan, mungkin you bawa barihat atau tidur, sakurang-kurangnya ngalih you atu bulih jua bakurang. Dan jua, bagi yang suka baurut, mungkin sakit atu sanang saja hilang. Sakarang anikan banyak kadai urut atu bajuritan. Yang panting asal ada duit.''

''Kitani soalnya utak yang ngalih, bukan fizikal. Sabab atulah inda hairan banyak kawan-kawan kitani yang stres gara-gara mental yang inda stabil. Tambah lagi kalau inda pandai manjaga kasihatan,'' jelas Cikgu Momin.

Mungkin apa yang dikatakan Cikgu Momin itu ada kebenarannya. Mungkin itu sebabnya jua, kita sering melihat banyak para pekerja kontrak melimpang atau tidur di tepi jalan sebaik saja ada waktu untuk berehat. Pernah suatu hari Cikgu Budin senghaja membunyikan hon keretanya apabila terlihat beberapa orang pekerja pemotong rumput tidur berehat di tepi jalan. Tujuan Cikgu Budin bukan untuk mengganggu mereka berehat, tetapi supaya mereka berpindah ke tempat yang agak selamat. Apa tidaknya jika sekiranya ada kenderaan yang terbabas ke arah mereka, sudah tentu mereka akan menerima padahnya. Mungkin pekerja-pekerja asing ini tidak begitu memikirkan soal keselamatan melainkan untuk menghilang rasa keletihan atau kepenatan sahaja.

''Awu, iatah kitani ani masti pandai manjaga kasihatan diri, mental dan fizikal. Kalau inda, kitani sandiri jua binasa. Nya orang, macam umpama lilin, mambahagiakan orang lain, iaitu masyarakat, tatapi kitani sandiri yang tarbakar. Walaupun niat kitani baik dan ikhlas,'' jelas Cikgu Budin.

''Awu banar tu, kasihatan atu panting, labih panting dari sagala-galanya. Aku, iatahku rajin bajuging ani. Sakurang-kurangnya turun jua stresku atu. Mimang kitani ani inda dapat lari dari stres tapi tahapnya mistilah takawal. Apabila stres nigatif bakurangan, maka mutivasi bakaraja bulih maningkat dan sacara inda langsung maningkatkan pristasi karaja kitani jua,'' jelas Cikgu Momin.

''Ih wang makin lampuh ku liat dikau ani. Baiktah kau hari-hari bajuging dan kurangkan jua, nafsu makanmu atu.''

Begitu kata nenek pada anak sepupuku, pada suatu hari. Ketika itu kami sedang berkumpul untuk makan malam di rumahku. Anak sepupuku itu memang gemuk dan umurnya baru saja sembilan tahun. Mengikut kata emaknya, ia suka makan makanan dari berminyak dan bergoreng. Selain itu hampir setiap minggu, ia makan makanan dari restoran-restoran makanan cepat seperti KFC, Sugar Bun, Ayamku dan seumpamanya.

''Lagipun, kalau badan atu talampau lampuh, karang susah cari karaja yang sasuai. Kalau karaja macam askar yang mamarlukan katahanan fizikal, jangantah barangan-angan, kampunan saja. Lagipun kalau kitani talampau lampuh, panyakit mudah basarang arah parut kitani. Kalau sudah sakit susah diubati. Apa kata urang, mancagah labih baik dari mangubati,'' nasihat nenek pada kami ketika itu.''Lagi satu, kalau badan atu talampau lampuh, inda jua bisai. Inda manarik, nada putungan. Ani panting labih-labih lagi kalau bini-bini. Kalau mau lawa di mata palakian, baik jua badan atu dijaga. Jangankan yang lampuh, urang yang kurus pun sibuk malangsingkan badan. Tambah lagi macam-macam saja produk kasihatan dijual masa ani. Bah, dikau wang, rajin-rajintah bajuging. Bukan saja Si Awang, tu nah, Si Kiah, Si Tinah, pun bulih ikut bajuging. Bapa kamukan rajin bajuging?. Bah, bisuk ikuttah, apa lagi,'' sambung nenek lagi.

Cukup bersemangat nasihat nenek itu. Semua yang mendengar seolah-olah tersinggung dan menyesal kenapa tidak mengamalkan joging dari dulu lagi. Nenek sendiri sekarang sudah berusia hampir 60 tahun. Di hujung tahun ini dia bakal menerima elaun pencen tua. Namun susuk tubuh nenek tidak menggambarkan usianya itu. Ada di antara kawan nenek tidak percaya usia nenek itu. Malah secara diam-diam ada pula yang menuduh nenek memakai 'susuk'. Tetapi apa yang kami ketahui, nenek tidak pernah mengamalkan semua itu. Lagipun nenek memang tidak yakin akan adanya kuasa benda-benda seperti itu. Lagipun nenek memang tidak yakin akan adanya kuasa benda-benda Apa yang jelas di mata kami, nenek sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap pagi nenek strolling di sekeliling rumahnya di samping mengamalkan makanan yang berkhasiat dan bermutu tinggi.

Kitani di bumi Brunei Darussalam ani sangat beruntung. Dengan adanya kemakmuran dan sikap pemedulian pihak pemerintah, dapatlah kita menjalankan aktiviti riadah seperti berjoging ani. Apa yang penting sekarang ialah tindak balas kitani untuk menyahut cabaran ani. Dan sekali gus untuk merealisasikan impian negara iaitu mewujudkan warga sihat.

''Babalik sual kitani sabagai saurang guru sakulah. Kitani ani adalah jalama cuntuh. Jadi sabagai jalama cuntuh atau role model kitani patut malaung-laungkan macam mana cara hidup sihat sadangkan kitani sandiri inda manunjukkan jalan ka arah atu. Nya orang janganlah macam katam manyuruh anaknya bajalan lurus. Lagipun untungnya kitani sandiri jua. Kalau kitani sihat karaja pun inda tagandala,'' jelas Cikgu Budin.

Cikgu Budin dan Cikgu Momin terus berjoging. Mereka berjoging bersama-sama, turun bukit naik bukit sambil berbual-bual. Di depan dan di belakang mereka kelihatan ramai orang berduyun-duyun berjoging. Mereka berjoging dengan gaya tersendiri. Ada yang membawa sabotol air, tuala pengelap peluh, tongkat dan juga telefon bimbit. Kemudian ada pula yang menggunakan muzik dengan berbagai-bagai rentak sebagai penambah selera berjoging.

''Ih Tuan Karim kah tu?'' tiba-tiba Cikgu Momin menyapa seorang pejoging yang berbadan tegap datang dari arah hadapan. Dia memakai pakaian sukan lengkap dan bertopi. Binaan badannya cukup menarik. Salah pandang, macam pelakon filem komando yang
pernah Cikgu Budin tonton kaca televisyen sebelum ini.

''Ih Cigu Momin sama Cigu Budin. Lama sudah? barapa round? Inda disangka kitani bajumpa pagi ani. Apa kabar cigu-cigu badua?'' tanya Tuan Karim.

Kami bertiga berhenti di tepi jalan sekejap. Maklumlah sudah lama tidak pernah berjumpa dengan Tuan Karim.

''Masa ani syukurlah kami masih sihat. Kalau inda, balum tau kitani bajumpa pagi ani, usulya sanang ati ni. Pincin sudah kita tuan?'' Cikgu Momin bertanya.

''Awu, tuan lapas sudahku pincin. Iatah sudah inda lagi karaja ani, ampir tiap-tiap pagi ku bajuging. Kalau inda di sini, di kawasan stadium. Tapi salalunya di Bukit Shahbandar. Aku ani inda mamilih tampat, yang panting asal saja tampat atu, salamat dan mudah didatangi,'' jelas Tuan Karim.

Tuan Karim dahulunya pernah belajar sekelas dengan Cikgu Budin dan Cikgu Momin. Bukan saja sekelas, malah mereka sama-sama tinggal di asrama. Sebaik saja tamat pengajian tingkatan enam, mereka berpisah. Tuan Karim memasuki pengambilan pegawai askar sementara Cikgu Budin dan Cikgu Momin memasuki Maktab Perguruan. Umur mereka hampir sama. Oleh kerana tempoh perkhidmatan dalam tentera tidak berpandukan umur, maka Tuan Karim telah bersara terlebih dahulu dari Cikgu Budin dan Cikgu Momin. Dia berkhidmat di ABDB selama 25 tahun, manakala Cikgu Momin dan Cikgu Budin masih lagi bergelut dengan suasana pekerjaan yang kini semakin mencabar itu.

Cikgu Budin dan Cikgu Momin meneruskan joging lagi, setelah berhenti sebentar berbual-bual dengan Tuan Karim. Kali ini mereka naik bukit. Langkah mereka semakin perlahan tetapi terus berjoging. Dalam gerak langkah perlahan ini mereka sempat juga memotong beberapa orang pejoging lain yang terdahulu dari mereka.

''Ih laju jua cigu.''

Salim salah seorang bekas penuntut Cikgu Momin menyapa dari tepi. Dia berjalan kaki. Mungkin terlalu letih agaknya. Kelihatan baju 'T' nya yang bertulis 'Run With Me' di belakangnya basah oleh tumpuk-tumpuk peluh. Salim selalu menggunakan taman ini untuk berjoging. Alasannya kawasan ini tidak begitu panas kerana di kiri dan kanan jalan dihiasi dengan pepohon yang rendang. Mungkin itu juga satu tarikan para pejoging untuk berjoging di situ.

''Bisuk hari Ahad, bapakan bajuging di Tasek Lama? Mau kamu ikut? Kalau ikut bangun awal. Lagi awal lagi baik inda panas. Dan lagi kalau kan ikut jangan lupa bawa butul air putih, Lapas juging tarus balik, nada singgah-singgah di kadai minum,'' beritahu Cikgu Budin pada anak-anaknya selepas makan malam petang itu.

''Bali air piasau bulih bah?'' Si Jibun tiba-tiba menyampuk.

''Atu bulih dan yang baiknya cari yang inda bacampur gula,'' Cikgu Budin menjawab Si Jibun.

Memang tidak dinafikan ada setengah orang singgah di kedai minum selepas berjoging atau bersenam. Singgah di kedai itu memang tidak salah. Cuma yang tidak digalakkan ialah meminum dan memakan makanan yang tidak sepatutnya selepas bersenam. Contohnya makan martabak, mi goreng, nasi lemak, minum teh tarik, teh tarik India dan seumpamanya. Jika ini selalu diamalkan, maka hasil senaman atau berjoging itu tidak akan berbaloi. Bagi mereka yang cuba melangsingkan badan mungkin juga tidak akan berkesan. Jadi untuk penghasilan kesihatan yang maksima, maka perlulah menjauhkan perkara seperti itu. Disiplin diri perlu ada.

Cikgu Budin memang suka bajoging. Dalam senarai jenis kesukanan yang ia gemari, joging adalah yang teratas sekali. Pada zaman persekolahannya, kebetulan waktu itu dia tinggal di asrama, Cikgu Budin selalu berjoging. Setiap Subuh, sebaik saja Sembahyang Subuh, dia sudah turun berjoging ke pantai, atau mengelilingi padang sekolah sahaja, jika cuaca baik. Kebetulan di era 70-an dan 80-an, semua penuntut asrama dilibatkan dengan aktiviti joging pagi. Ini dilakukan setiap pagi Jumaat dan Ahad sambil diawasi oleh guru pengawas asrama. Itulah yang dilalui oleh Cikgu Budin semasa dia menuntut di sebuah sekolah menengah di Tutong ketika itu.

''Pa, kasut jugingku kuyak. Nada pakai juging isuk?'' kata Saiful, salah seorang anak lelaki Cikgu Budin.

''Karang kitani mambali, Kitani bali di kadai Giant Tasek Rimba saja, sabab di sana pun ada jua bajual kasut juging, lagipun katanya, harga murah satiap hari. Atu tah yang kitani mau, masti pandai bajimat-jimat dalam babalanja bukan satu saja yang dibali,'' balas Cikgu Budin.

''Kasut juging ani inda parlu gim kah? Badan atu maintain nampaknya, macam urang salalu ka gim,'' salah seorang cikgu tiba-tiba melemparkan pertanyaan pada Cikgu Budin. Mereka sama-sama duduk sambil minum dan makan nasi katok. Sekarang ini nasi katok adalah di antara makanan yang paling digemari dan mudah didapati. Di sekolah Cikgu Budin, guru-guru membawa nasi katok secara bergilir-gilir.

''Aku inda ka gim. Cuma juging di luar saja. Bukan ku inda mau, tapi buat masa ani balum lagi masanya. Lihatlah nanti,'' jawab Cikgu Budin singkat.

Memang tidak dinafikan peralatan yang disediakan di gim banyak. Mereka yang menggunakannya boleh memilih mengikut kesukaan masing-masing. Ini ditambah lagi dengan udaranya sejuk dan nyaman. Tapi semuanya ini memerlukan perbelanjaan. Kadang-kadang ada lagi yang pakar, ini Cikgu Budin menganggap gim itu, macam untuk golongan elit saja. Kalau soal peralatan, Cikgu Budin juga terdapat dua buah alat untuk exercise. Baginya itu sudah memadai untuknya, sebagai gantian bajoging kalau cuaca di luar inda baik.

Zaman sekarang memang ramai orang pergi ke gim. Baik lelaki mahupun perempuan. Gim ini bukan saja udaranya sejuk, peralatannya banyak, tapi cara pengendalian exercise itu cukup teratur. Bagi gim yang berkualiti tinggi, disediakan fasilitator yang boleh meningkatkan semangat kita untuk bersenam dengan alunan muzik tertentu.

Selain itu, gim ini tertutup dari pandangan umum, sesuai bagi kaum perempuan yang tidak gemar memperlihatkan susuk tubuh mereka di khalayak umum. Gim ini juga membuka peluang pada mereka yang tidak berkesempatan untuk bersenam pada siang hari.

''Pa, ma, sakulah Inah kan mangadakan jugatun bulan dapan. Jauh larinya 10 kilometer,'' kata Tinah anak perempuan Cikgu Budin.

Mereka sekeluarga sama-sama berehat selepas makan malam. Si Saiful sedang menyiapkan assignment untuk peraduan bahas antara sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab senegara, minggu hadapan. Tajuknya mudah saja, iaitu 'Senaman menjamin kualiti hidup berpanjangan'.

''Baik sudah tu. Apakan diingaukan. Kamu pun salalu, ikut babah bajuging. Iatah bajuging ani banyak faidahnya. Cuntuhnya ni, juging atu bukan untuk kasihatan saja tapi sabagai parsadiaan dalam apa jua acara yang barkaitan. Bagi yang mau manurunkan barat badan, juging ani satu daripada caranya. Mangikut yang ku dangar dalam radiu, juging pagi paling mujarab untuk manurunkan barat badan. Mungkin ada kajian sudah dibuat pasal juging ani,'' jelas Cikgu Budin.

''Harapan kitani kalau bulih, samua warga Brunei ani inda akan jamu-jamu mangamalkan aktiviti bajuging. Sabab faidahnya banyak. Lagipun sakarang ani banyak aktiviti yang barkaitan dangan juging tarus diadakan. Cuntuhnya, 'Larian Hari Keputeraan, Larian Olimpik' dan sabagainya. Kamudian ada lagi yang dianjurkan ulih badan-badan lain macam anjuran Bank Standard Chartered dan lain-lain badan NGO. Jadi yang panting kita sudah manyahut saruan diurang atu,'' sambung Cikgu Budin dengan panjang lebar.

''Juging ani bukan pulang manjanjikan 100 paratus sihat. Atu jangan silap jua. Sabab banyak faktur lain yang manyumbangkan ka arah hidup sihat ani. Sabab atulah kita jua ada mandangar urang mati, sadangkan hari-hari aktif exercises. Anilah manunjukkan ada lagi faktur lain yang inda kurang pantingnya. Antaranya yang jalas, makanan handaklah saimbang, inda basigup, cukup rihat dan lain-lainnya. Diurang Si Kiah, Si Tinah sama Si Jibun, tau sudah ni. Sabab diurang, di sakulah ada balajar arah subjik-subjik Sains. Bah apa lagi, amalkan tah. Ilmu yang ada parlu dipraktikkan dan jangan disimpan saja,'' sambung Cikgu Budin lagi.

''Bah Ful, Bun, Inah, Kiah, sudah siap? Karang mun akhir hari panas ni. Karang kamu jua basungut. Bah, laju tah turun. Babah tunggu di karita ni.''

Tanpa membuang waktu Cikgu Budin dan keluarganya pergi ke destinasi yang dimaksudkan.

Last modified on

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel