A+ A A-

cetusan

BILANGAN 98

ZAMAN ini digenangi dengan multi krisis. Ya, minda kita seolah-olah didesak menerima apa adanya. Siapa saja boleh bercakap secara berdepanan waima anda di selatan benua, yang dilayan bercakap di utara benua. Tidak kisah.

Luahkan perasaan melalui orang siber. Atau boleh dikongsi bersama melalui WhatsApp. Sudahlah, apa yang terjadi kita harus terima buat apa kita bising-bising atau mengeluh. Lalu kita tawakal!

Tentu saja semua ini bukan dimaksud dengan istilah tawakal. Konsep tawakal itu akan terjadi setelah kita melewati proses usaha diiringi doa. Maknanya dalam kita bertindak jangan didasarkan kepada emosional semata-mata. Kita perlu berfikir secara rasional, dan ambil keputusan secara kerohanian.

Sikap tawakal tumbuh ketika seseorang menyedari kelemahan dan kekurangan keterbatasan dan ketidak-sempurnaanya Sehingga dia perlu menyerahkan hidupnya kepada Allah.

Menurut Imam al-Ghazali, dengan sikap tawakal, seseorang yang beriman tentu memiliki keyakinan bahawa dia sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Kepasrahan dan berserah diri kepada Allah memantapkan kepercayaan diri serta yakin dengan kemampuan maksimal yang dimiliki.

Allah yang menganugerahkan kemampuan kepada kita. Setiap usaha bagi mendapatkan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di Akhirat hendaklah menurut peraturannya. Susunannya ialah ikhtiar, istianah atau minta perlindungan dan tawakal.

Tawakal adalah yang terakhir, bukan awal atau sedang berproses. Ikhtiar adalah cermin dari pengamalan ilmu pengalaman dan keterampilan.

Istianah atau minta perlindungan cermin dari ketidakupayaan kita dalam menentukan hasil akhir.

Manakala, tawakal adalah kepasrahan diri untuk menerima apa hasil akhir, atau keputusan Allah. Mari kita renung Surah At-Talaaq ayat 3 yang maksudnya kira-kira :

"Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Ini yang membuatkan orang yang bertawakal menjadi amat tekun dalam mengamalkan ibadah untuk mendapat rahmat Allah. Tawakal menjadikan seseorang mempunyai sikap mulia apabila mengetahui hasil usahanya. Jika Berjaya dia bersyukur, jika gagal tidak menjadikannya berputus asa.

Gerakan, tindakan dan fikiran harus positif. Ketiga-tiga ini mesti menyokong antara satu sama yang lain. Nah, ketika kita boleh memusatkan tiga kekuatan ini dalam satu titik maka titik itu adalah keyakinan.

Jadi, kunci yang utama ialah keimanan. Itu yang menjadi kekuatan kita untuk boleh berubah secara baik. Mari kita ramas telinga kita. Mari kita buka mata kita. Mari kita perkuat kepekaan kita.

Nah, ada orang yang peka tetapi tiada berinisiatif. Semua diserah kepada takdir dan keadaan. Ada orang berinisiatif tetapi tidak didorong oleh kepekaan. Orang yang peka dan berinisiatif ialah tahu bila harus bertindak dan bila pula harus berdiam diri.

Jadi untuk mengimbangkan yakni peka dan inisiatif, kita perlu kepada daya instutisi kita sendiri.

Mari kita renungi rangkap-rangkap 'Syair Laila Jenaka' yang dimuatkan dalam buku 'Rampaian Laila Syair' karangan Muda Omar 'Ali Saifuddien terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam, cetakan ketiga, 2008, madahnya :

Wahai dikasih dikebaikan
Wahai disayang berkebajikan
Wahai jujur berbaik-baikan
Laila hati wahai kukuhkan.

Wahai tabah lailakan hati
Laila berlurus dengan seperti
Wahai benar lailakan mesti
Wahai usaha laila dipasti.

Wahai semangat hati kuatkan
Wahai hati semangat keraskan
Wahai ikhlas hati betulkan
Wahai murni laila katakan

Benar, kita selalu terlupa, atau mungkin ingat-ingat lupa yang kita dianugerahkan oleh Allah satu pancaindera yang tersembunyi iaitu gerak hati. Apa sebenarnya gerak hati? Gerak hati adalah bisikan dari dalam hati sendiri, atau keyakinan yang disuarakan oleh hati sendiri, tanpa pengaruh orang lain.

Gerak hati dengan ikut hati adalah perkara yang berbeza. Gerak hati lain. Ikut hati lain.

Gerak hati adalah bisikan yang kita dengar semasa tersepit ataupun semasa bingung dalam membuat keputusan. Gerak hati membawa kesenangan.

Ikut hati pula bermakna menurutkan hati, selalunya semasa sedang marah dan dendam. Ikut hati membawa susah.

Begitulah juga antara teliti dengan cerewet. Dua patah yang berbeza. Cerewet menyakitkan hati, menyebabkan orang benci. Teliti pula menyebabkan orang hormat dan membawa kesenangan.

Jika anda tidak teliti, akhirnya anda terkena sendiri juga yang susah. Apabila kita teliti, bermakna kita sedang mencipta identiti yang memberi kesenangan kepada diri sendiri.

Akan terdengar kata-kata di belakang kita. "Dengan dia itu tidak boleh main-main. Dia sangat teliti."

Lalu penulis teringat kepada bebetapa orang sahabat penulis yang gemar meluahkan kara : "Hah, cakap tidak serupa bikin."

Bagaimana jika kita ubah dengan ucapan "Bikin tidak serupa cakap". Penulis ucapkan perkataan 'bikin' itu di depan atau didahulukan. Kenapa?

Tidak akan terjadi apa-apa jika tidak ada 'bikin'.

Tetapi ya, "cakap dan bikin" atau "bikin dan cakap" tidak dapat diasingkan. Kerana jika hendak bahagia dan senang lebihkan bikin kurangkan cakap.

Nah, apa yang terjadi jika terlebih cakap? Jika terlebih cakap, akan terlebih bohong. Janganlah cipta atau tambah dosa setiap hari. Imej makin tercemar. Lalu terdengarlah keluhan: "Si pulan itu cakap saja lebih, tapi....(anda ucaplah sendiri).."

Mereka yang terlarnpau banyak cakap, mahu syiok sendiri, kepercayaan kita terhadapnya semakin hilang. Hormat kita pun pupus. "Aduhai, cakap dia itu langsung tidak boleh dipercaya!" Menyusahkan diri sendiri jika tiada orang mahu percaya. Rasa hormat, apatah lagi.

Lalu penulis teringat cakap kawan semasa santai-santai di kedai kopi ada berkata : "Apa halnya jika apa yang dibikin tidak seperti yang dicakap?"

Penulis terpanggil untuk menurunkan pendapat pakar-pakar motivasi tentang hal ini. Tiga akibat akan timbul jika apa yang dilakukan atau bikin tidak seperti yang dilaungJarmgkan atau cakap, iaitu :

Pertama, bukan sahaja orang hilang kepercayaan, malah diri sendiri akhimya kurang percaya pada diri sendiri. Setiap kali hendak buat sesuatu tentu timbul tanda tanya : "Bolehkah aku bikin? Cakap bolehlah, buat berat sedikit."

Kedua makin menjadi pemalas. Lebih banyak bercakap daripada bertindak ketika diri sendiri menyedari apa yang dibikin tidak sama apa yang dicakap.

Ketiga, makin selesa dengan cakap (tentunya bertambah bohong) kerana sangsi apa yang dibuat berlainan daripada apa yang dihehendaki. "Lain jadinya."

Nah, jangan amalkan bikin tidak serupa cakap. Dan cakap tidak serupa bikin. Kesusahan yang didapat, bukan kesenangan. Sejarah membuktikan begitu. Tau-tau sajalah.

"Lalu bagaimana mengatasi sikap ini?" Tanya sahabat. Mungkin di kalangan sanak saudara kawan-kawan, rakan sepejabat kita masih gemar mengamalkan tabiat cakap tidak serupa bikin ini.

Pakar motivasi memberi cadangan berikut : Kurangkan bercakap, lebih bertindak.

Jangan bercakap besar, takbur, melebih-lebih. Takut-takut, bila dibikin tidak sama dengan apa yang dicakap.

Benar, boleh lebih cakap asalkan lebih buat. Tetapi ini tidak digalakkan. Cakap dan bikin mesti seimbang. Jika tidak seimbang, elok jangan lebih cakap.

Tidak harus diuar-uarkan. Bikin dulu baru cakap. Publisiti murahan pada pemulaan akan membimbangkan diri untuk membuatnya.

Dalam segala urusan harian, lebihkan bikin daripada cakap. Kan elok amalkan "diam-diam ubi biar berisi." Janganlah "telur sebiji riuh sekampung" alau "diam-diam besi berkarat."

Jangan main kata atau cakap, jika belum terbukti. Buktikan dulu baru boleh cakap. Bikin dulu baru boleh kurapak. Zaman sekarang yang multi-krisis ini, sernua mahu bukti. Tidak cukup dengan bukti mulut atau cakap sahaja benar dan memang benar, cakap adalah percuma. Kerana ia percuma maka orang ptm gemar cakap sia-sia. Banyak cakap tapi tidak berguna Banyak cakap tapi dusta Banyak cakap, tutup kelemahan diri sendiri.

Maaf cakap! Orang yang tidak pernah sampai ke matlamat adalah orang yang lebih cakap terlebih cakap, terlebih angan-angan, terlebih Mat Jenin.Ya semuanya terlebih-lebih. Terlebih cakap menyebabkan tidak berani meneruskan pekerjaan. Dan takut meneruskan sering kali menyebabkan terlebih cakap bagi menutup kelemahan.

Memang tidak elok pun, cakap sana cakap sini tetapi tidak menjadi. Mari kita hayati rangkap-rangkap "Syair Laila Jenaka" karya Muda Omar 'Ali Saifuddien ini:

Wahai akal tajam-tajamkan
Wahai fikiran waras-waraskan
Wahai makamur subur-suburkan
Wahai aman ke kal-kekalkan.

Kalau kebajikan dijadikan teladan
Kalau yang baik laila padan
Harum semerbak kemenyan ladan
Baharu terpelihara Kawasan sempadan.

Nah hubaya-hubaya, kita semua perlu kembali belajar. Ya, belajar. Pelajaran datang daripada berbagai-bagai sudut. Sering juga kita belajar daripada orang yang rendah kelulusannya tetapi tinggi pengalamannya.

Belajar itu tidak semestinya di sekolah. Tidak semestinya di kolej. Tidak semestinya di universiti. Tidak semestinya di pejabat. Tidak semestinya di masjid. Pelajaran itu boleh didapat daripada pelbagai sudut.

Peluang belajar tersedia berlambak-lambak. Dari sahabat-sahabat, sanak saudara kawan-kawan, persekitaran, haiwan dan dari alam. Dari suratkhabar dan televisyen. Dari internet. Dari Facebook. Ya, dari maya siber.

Malah pengajaran boleh didapat dari cakap tidak serupa bikin dan dari bikin tidak serupa cakap! Didiklah diri kepada perkara-perkara kebaikan.

Tingkatkan perbuatan yang berkebajikan.

Hubaya-hubaya jika kita benci kepada orang yang suka menunjuk-nunjuk, sebenamya, orang juga benci jika kita menunjuk-nunjuk. Awas!

Banyak cakap, tunjuk pandai. Ingatlah, orang keliling kita dengan senang dapat menilai sama ada anda menunjuk atau sebaliknya.

Jangan sangka orang sekeliling kita bodoh dan kita sahaja yang lebih baik dari orang lain. Jauh panggang dari api. Benar, zaman dulu tahun 50-an membawa awal 70-an di tanah air kita ini mencari orang pandai begitu payah.

Tetapi apa? Di zaman yang digenangi dengan multi-krisis, yakni era globalisasi, sudah terbalik. Semuanya pintar-pintar! Lalu mencari orang yang paloi pula tambah susah. Mana ada orang paloi! Sepaloi-paloi orang pun sudah boleh bezakan antara telefon bimbit dengan telefon rumah.

Maknanya mari kita periksa diri sendiri secara jujur. Periksa dan perbaiki diri sendiri. Mereka yang suka menghitung-hitung kebaikan dirinya sendiri mudah bersikap sombong. Jika pun tidak suka kepada seseorang berpada-pada sajalah. Nanti, sendiri yang kena Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri! Jangan, sekadar cakap, tidak bikin! SEKIAN.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel