A+ A A-
Amdelah bin Hj Tujoh

Amdelah bin Hj Tujoh

Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah

Published in Nasional

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Januari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berikutan dengan pelantikannya sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak yang Ke-6 baru-baru ini.

Dalam perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia percaya pelantikan Yang Amat Berhormat ini melambangkan kepercayaan rakyat Negeri Sarawak terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat dalam
memimpin Kerajaan Negeri Sarawak. Kebawah DYMM seterusnya yakin di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, rakyat Negeri Sarawak akan sentiasa menikmati keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan. Kebawah DYMM amat menghargai hubungan rapat dan persefahaman yang telah sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Negeri Sarawak dan berharap dapat bekerja rapat dengan Yang Amat Berhormat dalam mengukuh dan memelihara tali persahabatan ini di masa-masa akan datang.

Pada mengakhiri perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Yang Amat Berhormat serta keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dalam pemeliharaan-Nya jua.

Sambutan Maulidur Rasul terus diadakan

Published in Nasional

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Januari. - Tinkerbell learning School meraikan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di kawasan perkarangan sekolah hari ini.

Menurut Siaran Akhbar Tinkerbell Learning School, acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan dan diikuti dengan lagu tema sekolah berkenaan.

Seterusnya bacaan Doa Sekolah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah, Dayang Ildil Rahmah Binti Abdullah.

110117 PR TINKERBELL 1

PERARAKAN berwarna-warni oleh para pelajar Tinkerbell Learning School bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Ucapan Selawat kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dinyanyikan oleh murid-murid.

Ceramah bertajuk 'Halimatus Sa'adiah' disampaikan oleh Ketua Guru Jabatan Agama Islam sekolah tersebut, Awang Shahnon.

Acara turut dimuatkan dengan sesi kuiz yang berjaya menarik minat ramai pelajar dan kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang menjawab kuiz dengan betul oleh Presiden sekolah, John Robert Bartholomew.

110117 PR TINKERBELL 2

PRESIDEN Tinkerbell Learning School, John Robert Bartholomew bergambar bersama pemenang kuiz.

Pada akhir majlis, perarakan berwarna-warni Sambutan Maulidur Rasul dan bacaan doa selamat.

Objektif sambutan untuk mengambil iktibar dan pahala serta pengajaran sejak dari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang menjadi ikon dan contoh kepada generasi muda.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel