Table of Contents Table of Contents
Previous Page  1 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 1 / 24 Next Page
Page Background

EDISI ISNIN / PERCUMA

JABATAN PENERANGAN

Layari Laman Web:

www.pelitabrunei.gov.bn

E-mel:

pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217 Faksimile: 2381004

“DI samping kemajuan kita dalam

negara, hubungan diplomatik kita

dengan negara-negara sahabat juga

tetap akan dipupuk dan

dipelihara. Ianya adalah teras

kemantapan politik, ekonomi dan

keselamatan. Ia akan menjadi

amalan berterusan, berasaskan

prinsip berbaik-baik dan hormat-

menghormati kedaulatan masing-

masing.”

- Titah Sempena Menyambut

Ulang Tahun Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam

Ke-28

.

“PELIHARALAH kamu

(kerjakanlah dengan tetap dan

sempurna pada waktunya) segala

sembahyang fardu, khasnya

sembahyang wusta (Sembahyang

Asar), dan berdirilah kerana Allah

(dalam sembahyang kamu) dengan taat

dan khusyuk.”

- (Surah Al-Baqarah, ayat 238).

Muka 3

Muka 9

BCYF ketengahkan

isu, idea dalam kreativiti

dan inovasi

18

1438

16 JANUARI 2017 /

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan

Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima

mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine, Tuan Yang

Terutama Pavlo Klimkin.

TAHUN 62 / BILANGAN 7

5.02

5.12

7.40

6.26

3.53

6.34 6.58 12.31

Berkenan menerima mengadap

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine

BANDAR SERI BEGAWAN,

Sabtu, 14 Januari. -

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Hal

Ehwal Luar Negeri Ukraine, Tuan Yang Terutama Pavlo

Klimkin yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam

dalam rangka lawatan kerja.

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang

Terutama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Ukraine telah

berbincang mengenai isu-isu dua hala di antara Negara

Brunei Darussalam dan Ukraine, serta bertukar-tukar

pandangan tentang hal ehwal serantau.

Menyertai bersama TYT Menteri Hal Ehwal Luar Negeri

Ukraine pada Majlis Mengadap itu ialah Duta Besar

Istimewa dan Mutlak Ukraine ke Negara Brunei

Darussalam, Tuan Yang Terutama Dmytro Senik.

Turut hadir pada Majlis Mengadap yang berlangsung di

Istana Nurul Iman ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri

dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II

(Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa

Dato Seri Setia Lim Jock Seng.

BANDAR SERI BEGAWAN,

Sabtu, 14 Januari. - Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar

'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien,

Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara

Brunei

Darussalam telah berkenan

menghantar titah perutusan tahniah

kepada Yang Amat Berhormat Datuk

Amar Abang Haji Abdul Rahman

Zohari Tun Abang Haji Openg

berikutan dengan pelantikannya

sebagai Ketua Menteri Negeri

Sarawak yang Ke-6 baru-baru ini.

Dalam perutusan tersebut,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

percaya pelantikan Yang Amat

Berhormat

ini

melambangkan

kepercayaan rakyat Negeri Sarawak

terhadap kepimpinan Yang

Amat

Berhormat

dalam

memimpin Kerajaan Negeri

Sarawak.

Kebawah DYMM seterusnya

yakin di

bawah kepimpinan

Yang Amat Berhormat, rakyat Negeri

Sarawak akan sentiasa menikmati

keamanan,

kesejahteraan dan

kemakmuran yang berpanjangan.

Kebawah DYMM amat menghargai

hubungan rapat dan persefahaman

yang telah sekian lama terjalin di

antara Negara Brunei Darussalam

dan Negeri Sarawak dan berharap

dapat bekerja rapat dengan Yang

Amat Berhormat dalam mengukuh

dan memelihara tali persahabatan ini

di masa-masa akan datang.

Pada mengakhiri

perutusan

tersebut, Kebawah Duli Yang Maha

Mulia berdoa ke hadrat Allah

Subhanahu Wata'ala semoga Yang

Amat Berhormat serta keluarga

sentiasa dalam keadaan sihat

sejahtera

dan

dalam

pemeliharaan-Nya jua.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah

berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk

Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg berikutan dengan

pelantikannya sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak yang Ke-6 baru-baru ini.

DYTM DPMM berangkat

saksikan sesi pemilihan

pemain bawah umur 18 tahun