A+ A A-

150117 HALUAN

Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua kita dapat berhimpun daLam majlis yang berkebajikan ini, iaitu Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan UNISSA.

Terlebih dahulu saya dengan tulus ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga UNISSA, kerana pada 1 Januari 2017 yang lalu, genaplah 10 tahun usia UNISSA. Syabas dan tahniah setinggitingginya, bukan setakat UNISSA kini telah mencapai usianya satu dekad, tetapi juga atas pelbagai pembangunan dan kejayaan yang telah di capai oleh UNISSA.

Saya percaya, kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa semangat kerjasama yang tinggi, sokongan padu dan kerja keras daripada semua pihak demi untuk merealisasikan hasrat murni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam penubuhan UNISSA, iaitu sebagai mercu kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam yang berperanan melahirkan para ulama dan cendekiawan berwibawa yang diperlukan oleh negara.

Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa UNISSA akan sentiasa berusaha keras dalam mempertingkatkan kualiti akademiknya, dalam melahirkan graduan yang berwibawa melalui pengajaran clan pembelajaran yang efektif, penyelidikan dan penerbitan yang berimpak tinggi, selaras dengan visinya untuk menjadi sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam di negara ini, UNISSA perlu memainkan peranan penting dalam memastikan para graduan yang dihasilkan itu benar-benar dilengkapi dengan pengetahuan agama yang betul dan mantap serta mampu menjadi benteng yang kukuh terhadap segala anasir-anasir yang tidak selaras dengan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini.

Inilah keunikan misi UNISSA. UNISSA bukan sahaja diharap menghasilkan para graduan yang memiliki ilmu agama yang mantap dan intelektual yang tinggi dari sudut akademiknya, bahkan juga mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji, berwibawa dan juga bertakwa. Dalam hal ini, UNISSA hendaklah memastikan environment pengajaran. Pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan di UNISSA ini tidak dicalar, diprovokasi dan dipengaruhi atau dicemar oleh pemikiran-pemikiran yabg bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah.

UNISSA juga perlu memastikan para pelajarnya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam falsafah negara 'Melayu Islam Beraja' (MIB) dalam setiap tindak tanduk mereka, sama ada dalam akademik dan juga kehidupan sosial mereka.

Dalam kesempatan ini, sukacita juga saya berpesan kepada seluruh pelajar UNISSA agar memanfaatkan sepenuhnya peluang mengikuti pengajian di UNISSA ini. Para pelajar perlu sedar bahawa dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, mereka perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran agar menjadi graduan yang berdaya saing an kompetitif.

Oleh sebab itu, saya menyarankan UNISSA supaya sentiasa mengambil kira kadar pengangguran para graduan dan peluang pekerjaan yang sangat kompetitif di negara ini. Perkara ini sering kali telah disentuh oleh Kebawah Dull Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan baginda menyarankan agar UNISSA dan juga institusi-institusi pengajian tinggi yang lain di negara ini supaya memastikan program-program yang ditawarkan itu sentiasa relevan dan berkualiti untuk menghasilkan para graduan yang marketable dan future ready. Saya menyokong penuh terhadap inisiatif UNlSSA dalam menjenama semula ''Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan'' menjadi ''Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam'' dan menubuhkan fakulti baharu, iaitu "Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam''. Saya juga mengambil maklum dan menyokong penuh usaha-usaha penelitian semula terhadap program-program akademik yang sedang ditawarkan. Ini termasuklah kursus berkaitan "Keusahawanan" yang akan menjadi kursus wajib atau mandatori bagi semua program akademik sebagai nilai tambah kepada bidang-bidang akademik yang diikuti.

Saya juga merasa optimis terhadap hala tuju dan perancangan UNISSA, terutama sekali dalam usaha menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal dalam masa yang terdekat ini. Saya berharap pusat ini nanti akan menjadi pemangkin kepada hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai hub halal global dan membuka ruang lebih luas terhadap pasaran halal di peringkat antarabangsa.

Selain itu, program-program pengajian yang berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 yang berjalan ketika ini hendaklah diteruskan, dikukuhkan dan dikembangkan lagi bagi memastikan pelaksanaannya bertambah lancar dan mantap.

Begitu juga dengan-program-program lain yang menjadi niche UNlSSA seperti Tafsir, Hadith, Dakwah, Aqidah, Syariah, bahasa Arab dan lain-lain lagi yang mampu melahirkan ulama dan sumber tenaga manusia yang bertakwa dan berwibawa. Malah lebih jauh dari itu, UNISSA juga perlu meneroka lebih jauh lagi bidang-bidang baharu yang berkaitan dengan pembangunan dan keperluan semasa negara. Usaha-usaha yang sedemikian itu, adalah perlu dirancang dengan rapi bagi memastikan para graduan UNISSA menjadi generasi mapan dan mampu merealisasikan Wawasan Negara 2035.

Kualiti sesebuah universiti itu bergantung kepada kualiti tenaga akademiknya. Sebagaimana yang biskita sedia maklum, Skim Perkhidmatan Tenaga Akademik (SPTA) yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada buIan April 2014 yang lalu itu, adalah untuk memastikan para tenaga akademik di UNISSA dan institusi pengajian tinggi yang lain di Negara ini benar-benar mancapai kualiti tenaga akademik yang mampu mempertingkat kualiti akademik, penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat.

Saya berharap agar UNISSA sentiasa memastikan para tenaga akademiknya terus berusaha keras mempertingkatkan kemahiran dan komitmen mereka dalam membangun UNISSA dan negara.

Saya juga menyarankan agar para tenaga akademik khususnya yang belum memenuhi syarat untuk berpindah ke SPTA ini atas sebab-sebab kelayakan akademik atau sebab-sebab tertentu, hendaklah berusaha lebih gigih untuk mempertingkatkan pencapaian masing-masing.

Perkara ini adalah sangat penting dan relevan, bukan setakat untuk kepentingan diri sendiri, tetapi juga adalah untuk kepentingan ummah dan negara untuk memiliki para bijak pandai yang memangkin kepada perkembangan ilmu pengetahuan yang berkualiti tinggi. Malah dalam masa yang sama akan dapat menaikkan Iagi nama dan reputasi UNISSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang digalati di persada antarabangsa. Saya juga berharap kepada para tenaga akademik yang lebih senior agar dapat membimbing dan menjadi mentor kepada mereka yang Iebih junior.

Saya juga turut merasa gembira apabila mendapat tahu programprogram jangka pendek yang dibukakan kepada orang ramai mendapat sambutan daripada masyarakat seperti Program Mari Belajar Bahasa Al-Quran, Program Kemahiran Bahasa AI-Quran (PKBQ), Program Memahami Dan Menghayati Al-Quran. Saya berharap program-program atau kursus-kursus singkat bagi orang ramai seperti ini akan diperkembangkan lagi agar mencakupi ruang lingkup yang luas. Ini menepati sifat UNISSA sebagai sebuah universiti Islam yang bertanggungjawab dalam memberi kefahaman tentang Islam yang betul dan muktabar kepada masyarakat.

Menyentuh tentang khidmat kepada masyarakat, saya mengambil maklum bahawa warga UNISSA, sama ada dari kalangan pelajar atau tenaga akademiknya telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik terhadap masyarakat setempat, terutama sekali dalam menyampaikan ceramah-ceramah agama, kuliahkuliah di masjld serta kesedaran yang begitu tinggi dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Usaha berkebajikan seperti ini hendaklah diteruskan dan diperkasakan lagi bagi memastikan kehidupan masyarakat yang harmoni dan memastikan ajaran Islam yang diajarkan di negara ini adalah yang betul dan selaras dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

Berkenaan dengan penyelidikan pula, saya berharap UNISSA mengambil perhatian yang serius terhadap saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya UNISSA memantapkan profil penyelidikannya bagi memastikan UNISSA dapat menggabungkan diri dalam kelompok universiti Islam ternama Dunia.

Saya maklum bahawa UNISSA telah melaksanakan beberapa penyelidikan dan aktif menganjurkan seminar yang dilaksanakan secara kolaborasi dengan beberapa institusi pengajian tinggi luar negara. Saya yakin aktiviti secara kolaborasi seperti ini sudah pasti akan dapat mempertingkat kualiti dan menaikkan imej UNISSA, selain sebagai platform UNISSA untuk memainkan peranannya dalam pembangunan ummah di peringkat global.

Dalam masa yang sama, UNISSA perlu juga menjalankan penyelidikan yang memberi impak sangat besar kepada masyarakat setempat seperti isu-isu sosial merangkumi isu keruntuhan akhlak, penyalahgunaan dadah, ekonomi dan sebagainya. Hasilnya nanti boleh dijadikan rujukan dalam membantu pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu untuk menyelesaikan masalah-masalah Tersebut.

Akhirnya dikesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah kecemerlangan UNISSA. Saya berharap pencapaian mereka ini akan menjadi pembakar semangat, bukan sahaja kepada para penerima bahkan juga kepada warga UNISSA yang lain. Saya juga berharap kepada para penerima agar terus aktif, inovatif dan kreatif dalam menjalankan tugas Mereka.

Sebelum berundur, saya sekali Iagi mengucapkan syabas kepada seluruh warga UNISSA, kepada Rektor UNISSA, pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, para tenaga akademik serta seluruh pegawai dan kakitangan UNISSA atas usaha yang gigih dan tidak mengenal Ielah dalam membangun UNISSA sebagai institusi yang melahirkan sumber tenaga mamang berwibawa demi kesejahteraan dan kemajuan agama, bangsa dan negara. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua yang membalas segala sumbangan ilmu dan tenaga dengan ganjaran yang setimpal. Amiin Amiin Amiin Ya Rabbal Alamiin.

Sekian.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel