A+ A A-

Perbadanan TAIB sokong pertumbuhan ekonomi, galakkan kestabilan kewangan berpanjangan

110117 HALUAN

Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BAGI pihak Pengerusi dan Perbadanan TAIB, ini adalah satu penghormatan besar bagi saya untuk berada di sini hari ini bagi mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi kasih kepada para tetamu yang dihormati dan tetamu kehormat yang hadir menyaksikan Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Perjanjian Nasihat (Advisory Agreement) antara ICD dan Perbadanan TAIB.

Penandatanganan ini merupakan permulaan sebuah perjalanan dalam sejarah Perbadanan TAIB dan InsyaaAllah akan membawa kita lebih dekat kepada aspirasi Perbadanan TAIB bagi menubuhkan subsidiari Perbankan Perbadanan TAIB.

Kita mengakui bahawa ICD sebagai sebahagian dari Islam Development Bank Group yang mempunyai pengalaman luas dengan rekod kejayaan yang terbukti dalam penubuhan bank-bank Islam baik dalam penyertaan ekuiti langsung dan juga memberikan khidmat nasihat di seluruh negara anggotanya di mana Negara Brunei Darussalam juga menjadi ahli.

Perbadanan TAIB adalah Institusi Kewangan Islam tempatan yang pertama di Negara Brunei Darussalam. Diperbadankan di bawah Akta Cap TAIB 163 pada tahun 1991, sejak 25 tahun yang lalu objektif dasarnya adalah untuk beroperasi sebagai institusi simpanan untuk jemaah haji, pendeposit pasaran massa dan juga menawarkan produk pembiayaan mudah yang mematuhi Syariah.

Ia kemudian meningkatkan perkhidmatannya dengan penglibatannya dalam sektor insurans dan pelancongan melalui anak-anak syarikatnya, iaitu Insurans Islam TAIB Holding Sdn. Bhd. (yang sebelum ini dikenali sebagai Takaful TAIB Sdn. Bhd.) dan Darussalam Holding Sdn. Bhd. Yang menyediakan pakej perkhidmatan haji dan umrah, perjalanan antarabangsa dan perjalanan dalam dan luar negeri.

Pada 29 September 2016, TAIB meraikan Ulang Tahun Jubli Perak. Sepanjang 25 tahun beroperasi, Perbadanan TAIB telah mencapai kemajuan dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan kini telah berkembang kepada lapan (8) cawangan di seluruh Negara Brunei Darussalam. Ia juga telah menggunakan sumber-sumbernya untuk memasuki era pendigitalan di mana Pusat Panggilan khusus telah ditubuhkan sebagai pusat saluran untuk menerima dan menyelesaikan pertanyaan pelanggan dengan berkesan. Saluran alternatif bagi pelanggan-pelanggan kami untuk melakukan transaksi perbankan mereka juga telah dibuat seperti aplikasi mudah alih dan perbankan internet. Ini membolehkan kita terus maju seiring keperluan pembangunan perbankan asas pelanggan kami.

Perbadanan TAIB akan terus berusaha untuk maju. Perbadanan TAIB bercita-cita untuk meningkatkan operasinya ke tahap seterusnya dengan meningkatkan produk dan perkhidmatan perbankan yang lebih canggih seperti pembiayaan perdagangan dan modal kerja bagi sektor korporat khususnya bagi menyokong PKS untuk memulakan perniagaan. Satu niche yang pasti bagi Negara Brunei Darussalam dalam persekitaran Kewangan Islam Global yang pesat berkembang dan kami mahu menjadi sebahagian daripadanya.

MoU dan Perjanjian Penasihat ditandatangani hari ini dengan ICD adalah langkah komited bagi kerjasama rapat bagi mencapai matlamat bersama untuk penubuhan Bank Islam sepenuhnya. Ini juga merupakan permulaan transformasi penting bagi Perbadanan TAIB.

Sebagai sebuah institusi pembangunan kewangan multinasional dan pelbagai hala, ia ditubuhkan bagi menyokong pembangunan ekonomi negara-negara anggotanya melalui penyediaan pembiayaan bagi projek-projek sektor swasta, menggalakkan persaingan dan keusahawanan, menyediakan khidmat nasihat kepada kerajaan dan syarikat swasta dan menggalakkan pelaburan merentasi sempadan.

Dengan bekerjasama bersama ICD, kami yakin bahawa kami boleh memanfaatkan dan menerima pakai amalan perbankan antarabangsa terbaik. Kemahiran profesional lengkap seperti itu akan memberi Perbadanan TAIB permulaan yang baik bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan kestabilan kewangan berpanjangan dan juga bagi menyediakan landasan terbaik untuk pembinaan keupayaan. Secara kolektif, semua ini akan membawa Negara Brunei Darussalam satu langkah lebih dekat untuk membawa hab kewangan Islam dalam pasaran global.

Pada majlis ini, kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) atas sokongan berterusan mereka dan kami yakin bahawa kerjasama dan kolaborasi yang erat akan diteruskan seperti mana tujuan Perbadanan TAIB adalah untuk memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan Industri Perbankan Islam di Brunei Darussalam dan seterusnya, InsyaaAllah.

Sebagai penutup, saya mengucapkan tahniah kepada Perbadanan TAIB dan ICD sekali lagi kerana melakar sejarah pencapaian penting hari ini dan juga ucapan terima kasih dan penghargaan untuk kehadiran awda pada hari ini.

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel