A+ A A-

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil'alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du

IA merupakan perasaan gembira kepada beta, kerajaan serta rakyat Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan Puan Bouathong Thammavong ke negara kami.

Lawatan anda mencatatkan pencapaian setapak lagi ke arah mengukuhan hubungan Negara Brunei Darussalam dan Republik Demoktratik Rakyat Lao ketika kedua-dua negara meraikan tahun ke-20 Penubuhan Hubungan Diplomatik.

Hubungan erat di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Demokratik Rakyat Laos dikuatkan lagi dengan kerjasama yang praktikal pada bidang pendidikan dan pertahanan serta pertukaran lawatan yang kerap pada semua peringkat.

Negara Brunei Darussalam akan terus mencari lebih banyak peluang untuk bekerjasama dengan negara Laos ketika kedua-dua buah negara berusaha meningkatkan hubungan pada masa hadapan.

Lawatan anda ke negara ini bertepatan dengan tahun Brunei menjadi Pengerusi ASEAN dan sebagai anggota ASEAN, Brunei komited untuk bekerjasama bagi meningkatkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Kedua-dua buah negara bersama-sama berjuang untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat masing-masing dan memberikan peluang untuk mereka memajukan diri dalam dunia yang sangat kompetitif ini.

Dalam hubungan ini, ASEAN memberikan sokongan dan galakan untuk membantu merealisasikan matlamat tersebut.

Selaku Pengerusi ASEAN, Negara Brunei Darussalam berharap untuk bekerja rapat dengan Republik Demokratik Rakyat Lao dalam membangun komuniti ASEAN.

Negara Brunei Darussalam menghargai rakyat Laos atas semangat identiti kenegaraan dan keazaman mereka yang kuat dalam membangun negara mereka.

Dan ini dapat dilihat melalui keamanan dan kestabilan yang berterusan yang dinikmati oleh rakyat Laos serta melalui pembangunan ketara yang telah dicapai.

Perdana Menteri, anda telah menunjukkan komitmen secara peribadi ke arah mencapai kemajuan dan peningkatan dalam negara anda dan kami memuji usaha-usaha Kerajaan Laos untuk mencapai matlamat pembangunan milenium menjelang 2015.

Negara Brunei Darussalam juga mengucapkan tahniah atas kejayaan Laos mempengerusikan Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-9 pada November tahun lepas dan penerimaan Laos sebagai anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Beta mengucapkan terima kasih kepada anda dan kerajaan anda atas sokongan, persahabatan dan hubungan muhibah yang dinikmati oleh kedua-dua buah negara sepanjang 20 tahun lalu.

Terima Kasih.

Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel