A+ A A-

hasrat negara 11102014

HAMPIR 15 tahun sejak lawatan terakhir saya ke Republik Korea. Ketika itu, kami semua tertanya-tanya tentang abad baru dan apa yang ia akan hasilkan dan, secara ringkasnya, sekarang kita boleh melihat semuanya berlaku di sini. Saya kagum dengan semua perubahan dan pembangunan yang luar biasa berlaku. Ia telah memberikan kita wawasan Asia yang baru dan ia sangat menarik.

Kita boleh melihat dalam semua perkongsian serantau, politik, komersial, budaya dan perdagangan; dan ia terdapat dalam semua pertubuhan antarabangsa yang kita ikuti, seperti ACD, FEALAC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Ia juga merupakan sebahagian besar daripada hubungan kita dengan negara anda sekarang dan ia adalah sangat jelas dalam perkembangan kerjasama dua hala; dalam bidang pendidikan dengan lebih banyak pelajar-pelajar kita menyasarkan Korea untuk biasiswa dan belajar; dalam bidang kesukanan, jurulatih-jurulatih anda melakukan tugasan dengan cemerlang dalam bola sepak dan taekwando. Manakala dalam bidang kebudayaan pula, rakyat kedua-dua buah negara amat meminati K-Pop dan drama Korea seperti persembahan 'Nanta’ yang diadakan baru-baru ini sebagai sebahagian daripada aktiviti ulang tahun.

Selain itu, kerjasama kedua-dua sektor awam dan swasta sangat baik menerusi perjanjian minyak dan gas, pembinaan kapal, pembinaan jambatan, pertanian dan perikanan serta pengeluaran beras.

Seperti yang saya katakan, semua yang dilakukan adalah untuk masa depan rakyat kedua-dua buah negara dengan memberikan peluang pekerjaan baru dan kualiti hidup yang lebih baik, di samping mendapatkan peluang untuk saling mengenali dan menghargai satu sama lain.

Oleh itu, kita semua tidak sabar untuk meraikan Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik kita pada tahun ini. Ia bukan sahaja untuk meraikan tetapi juga untuk memuktamadkan beberapa perkara praktikal penting seperti Memorandum Persefahaman (MoU) dalam Pendidikan; Perjanjian Cukai Berganda; dan Perjanjian Usahasama mengenai Pertanian.

Saya harap mereka semua akan bersedia untuk menandatangani pada mesyuarat ulang tahun kerana ia akan menjadi salah satu rekod kemajuan yang besar sejak 30 tahun kebelakangan dan memberi kita peluang yang sangat baik untuk melihat lebih banyak cara untuk merapatkan rakyat kedua-dua buah negara.

Kemudian, mengenai hal-hal serantau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak sabar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea di sini pada bulan Disember.

Saya mengambil maklum bahawa persediaan sedang berjalan lancar dan kami sangat menghargai kerja yang dijalankan oleh rakyat Korea.

Kami juga sangat berpuas hati dengan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-Korea. Ia sudah tentu telah membantu industri minyak dan gas kami.

Secara keseluruhannya, kami berasa gembira dengan kemajuan-kemajuan di rantau ini dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang anda berikan.

Akhir sekali, pada peringkat antarabangsa, saya menawarkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang anda berikan kepada kami semua kepada A.C.D. dan kepimpinan dalam ICT, terutamanya dengan sekretariat siber di FEALAC.

Tidak dilupakan juga para pembantu teknikal serta sokongan teknikal, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Korea sebagai tuan rumah Sukan Asia. Acara ini mendapat liputan yang meluas dan amat digemari oleh rakyat Brunei, tidak hanya sukan tersebut, tetapi semangat seluruh sukan-sukan Asia.

Saya rasa Korea telah melaksanakan tugas yang cemerlang dan saya yakin bahawa rakyat Korea akan melakukan perkara yang sama dalam mewakili Asia kepada dunia di Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2018.

Jadi, secara kesimpulannya, para menteri sekalian, kami berasa gembira dengan kerjasama di antara kedua-dua buah negara. Kami amat menghargai persahabatan dan kerjasama rakyat Korea. Ia memberi kita banyak keyakinan terhadap masa depan kedua-dua rantau dan Asia sendiri.

Terima kasih

Seterusnya...

Ramalan Cuaca

Untuk maklumat lanjut Ramalan Cuaca bagi Negara Brunei Darussalam sila layari www.met.gov.bn

Login or Register

LOG IN

Register

User Registration
or Cancel